UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT hub penyelidikan dan asimilasi ilmu demi keterjaminan makanan negara

UMT hub penyelidikan dan asimilasi ilmu demi keterjaminan makanan negara

Wednesday, 11/10/2023

Share This Article :

Secara umumnya dunia melalui fasa peningkatan populasi penduduk dan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jangkaan jumlah populasi penduduk negara mengalami pertambahan pada kadar 2.1 peratus berbanding 32.7 juta orang pada tahun 2022.

Pertumbuhan populasi dunia dijangka memberi kesan terhadap permintaan makanan dan boleh dirumuskan bahawa semakin tinggi populasi, semakin besar jumlah permintaan bekalan makanan.

Senario ini bagaimanapun telah dibincangkan lebih awal oleh institusi pengajian tinggi awam pantai timur, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang juga bertindak sebagai universiti awam yang memfokuskan penyelidikan dan asimilasi ilmu dalam bidang perikanan dan akuakultur selaras dengan pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi Future Food dengan tema penyelidikan Sustainable Shellfish Aquaculture dibawah pemantauan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP).

Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata peranan UMT amat besar dalam menjalankan penyelidikan bagi membekalkan pelan dan khidmat konsultasi dalam membantu usaha kerajaan mendepani cabaran keterjaminan makanan yang menjadi isu global ketika ini.

“Kami menyeru semua pihak samada penyelidik, pemain industi, pengusaha ladang serta NGO untuk bersama-sama menyahut seruan kerajaan dalam membantu menyelesaikan isu keterjaminan makanan negara khasnya dan global amnya”. Katanya ketika berucap sempena majlis perasmina pembukaan Persidangan Keterjaminan Makanan Antarabangsa (FUSE2023) anjuran UMT baru-baru ini.

Tambahnya, inisiatif penubuhan Persatuan Kerang-kerangan Malaysia atau Malaysian Shellfish Society (MSS) amat bertepatan dengan isu kelestarian sumber krustasia serantau.

“Inisiatif sebegini sememangnya akan terus diperkasa oleh UMT, terutamanya dalam menerapkan keberhasilan penyelidikan untuk menyokong usaha menjamin keselamatan makanan sumber akuatik seiring keperluan Negara”.

Persidangan yang bertemakan ‘Inovasi dalam Akuakultur dan Makanan Agro’ itu berjaya menarik perhatian 60 orang peserta dari sembilan negara serta pemegangtaruh seperti wakil dari Jabatan perikanan dan pihak industri berkaitan makanan dan perladangan.

Selain itu, turut menjadi fokus perbincangan adalah berkaitan inisiatif untuk mengurangkan kos pengeluaran serta usaha menurunkan kos jualan produk makanan negara yang turut mendapat sokongan dari institusi antarabangsa yang merupakan rakan kolaborasi jaringan kerjasama dari United Kingdom dan Kanada.