UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Ketam bakau sumber pendapatan komuniti Setiu

Ketam bakau sumber pendapatan komuniti Setiu

Wednesday, 05/10/2022

Share This Article :

Bagi peminat makanan seperti hidangan shell out, pastinya megidamkan kerangan dan ketam yang bersaiz besar. Mana tidaknya, melihat rakan-rakan yang memuatnaik foto-foto hidangan di media social membuatkan jiwa ‘bergelora’.

Terdapat beberapa spesis ketam yang boleh didapati secara mudah di pasaran Malaysia. Setiap spesis ketam juga mempunyai rasa, bentuk dan saiz yang berlainan mengikut habitat dan spesis. Ketam yang bagaimana menjadi pilihan tekstur isinya?

Rata-rata penggemar ketam meilih ketam bunga sebagai hidangan dalam pelbagai resipi masakan. Ia dikatakan mempunyai isi yang agak manis, tekstur isinya yang pejal dan tebal dan warna biru pada cangkerangnya berutukar menjadi merah setelah dimasak. Ia amat mengasyikkan!

Selain itu, terdapat juga spesis ketam yang sering dikaitkan dengan khasiat dalam menyembuhkan penyakit. Ketam yang dimaksudkan itu ialah ketam nipah atau ketam bakau. Ramai antara masyarakat negara ini sanggup memandu sejauh mungkin demi mendapatkan spesis ketam tersebut untuk merawat demam denggi. Namun, sejauh manakah keberkesanan?

Permintaan tinggi terhadap ketam-ketam tersebut sedikit-sebanyak telah memberi tekanan kepada populasi haiwan itu.

Penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menjalankan kajian berkaitan habitat dan pembenihan ketam bakau sejak sekian lamanya. Melalui Institut Akuakultur dan Tropika (AKUATROP) UMT, kajian yang dijalankan bukan hanya tertumpu kepada ketam sahaja, malah penubuhan AKUATROP telah membuat pelbagai bidang kajian berkaitan pengkulturan, pembiak-bakaan, pembenihan dan lain-lain terhadap udang, ketam, ikan, belangkas, kuda laut dan lain-lain.

Menurut Profesor Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah, pelbagai inisiatif telah dijalankan terhadap pembenihan ketam bakau bagi meningkatkan populasi spesis tersebut di Setiu, Terengganu.

“Program khas telah dijalankan sejak 2014 lagi di tanah lembap Setiu. Pelbagai usaha secara saintifik telah diperkenalkan bagi mencari solusi terbaik.

“Antara objektif program kita ialah untuk menghasilkan formulasi makanan untuk larva dan induk ketam bakau, meningkatkan kematangan kelenjar reproduksi (gonad) induk ketam bakau dan kualiti serta kadar hidup benih ketam itu.

“Kita juga mengkaji keberkesanan sistem kandang ketam terhadap jumlah populasi ketam bakau di habitat semula jadi serta mengkaji keberkesanan aktiviti ternakan ketam dalam sistem kandang,”

“Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat peningkatan populasi ketam di kawasan tersebut selepas penganjuran program yang melibatkan masyarakat setempat dilaksanakan secara bersama dimana UMT dapatkan induk ketam.

Katanya, AKUATROP juga berjaya menambah baik teknologi penghasilan benih ketam bakau di lokasi memproduksi benih (hatcheri) selain mewujudkan pusat penetasan benih ketam secara semula jadi di kawasan tanah lembap tersebut.

Usaha itu bukan sekadar untuk kegunaan penyelidikan, malah peningkatan populasi ketam turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti setempat. Ia mencerminkan hubungkait antara sebuah gedung ilmu yang memiliki kepelbagaian bidang kepakaran dalam memberikan faedah serta manfaat kepada masyarakat setempat. Projek seperti itu juga turut menterjemahkan slogan ‘Universiti untuk masyarakat’.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu