KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima pengiktirafan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) sekali gus menjadikannya salah sebuah institusi yang menerima sijil pengiktirafan terbabit di Malaysia.

Pengiktirafan ini menguatkan lagi usaha UMT dalam mencapai tahap keselamatan maklumat dan amalan integriti dalam organisasi.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata pengiktirafan itu membuktikan kebolehan dan keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan terunggul yang dapat memenuhi keperluan pelanggan.

“Penganugerahan dua Pensijilan ISO pada tahun ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan.

“UMT telah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi skop ‘Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Diploma dan Ijazah pada 17 Ogos 2018 yang lalu dan sekali lagi mengukir sejarah buat pertama kalinya dianugerahkan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi skop “Pengurusan Akademik Prasiswazah Yang Merangkumi Pengurusan Pendaftaran Pelajar, Pengurusan dan Penyelenggaraan Maklumat Pendaftaran di Pusat Data.

“Pengiktirafan ini merupakan sebahagian daripada tuntutan transformasi perkhidmatan untuk mewujudkan sistem penyampaian cemerlang, cekap dan berkesan selari dengan Visi Universiti untuk menjadi Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global.

“Alhamdulillah.Gerak kerja dan usaha untuk mendapatkan Pensijilan ISMS ini melalui beberapa siri bengkel telah berjaya membuahkan hasil. Ujar beliau.

Dalam majlis yang sama, Dato’ Aieni turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan yang telah berjaya menaikkan nama UMT di peringkat anatarabangsa melalui pernyertaan Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 13 November lalu.

Antara kumpulan yang menyertai pertandingan teresebut iaiutu I FOR LEARN daripada PPPKA telah mendapat penarafan EMAS 5 Bintang dan 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Persekutuan, sekaligus melayakkan diri secara automatik ke International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) di Jepun 2019.

Selain itu, Kumpulan VELOCITY daripada PPH mendapat penarafan EMAS 4 Bintang dan Kumpulan BLAZE daripada Pusat Sukan dan Rekreasi mendapat penarafan EMAS 3 Bintang

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan MEDIX6 daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Kumpulan SMICE daripada Pusat Islam Sultan Mahmud telah berjaya memperoleh penarafan PLATINUM dalam penyertaan International Quality and Productivity Convention (IQPC) di Pulau Batam Indonesia pada 27 November 2018. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu