UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT jalin kerjasama dengan KETENGAH, tawar program pensijilan profesional

UMT jalin kerjasama dengan KETENGAH, tawar program pensijilan profesional

Wednesday, 29/09/2021

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) popular dalam bidang sains kelautan dan sumber akuatik mengorak langkah kehadapan dengan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam usaha meningkatkan kualiti dan daya saing kedua-dua pihak.

 

Majlis menandatangani dokumen perjanjian yang berlangsung secara maya itu diwakili oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar dan juga Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

 

Menurut Prof. Dr. Mazlan, kerjasama itu bakal menghasilkan program yang berimpak dan mampu dikomersilkan.

 

“Kerjasama ini memberi ruang untuk menganjurkan program pensijilan profesional dalam selaman skuba komersil.  Selain daripada kolaborasi dalam selaman skuba komersil, KETENGAH dan UMT turut berkolaborasi dalam program akademik diperingkat diploma dalam bidang pelancongan dimana UMT akan membantu melatih “nature guide” yang mahir dan diiktiraf.

 

“Disamping itu, kedua-dua pihak juga dapat merancang pelbagai usahasama dalam pelbagai bidang penyelidikan yang melibatkan kedua-dua agensi dan pemegang taruh pada masa hadapan.

 

UMT turut mengalu-alukan warga kerja KETENGAH untuk melanjutkan pengajian selaras dengan hasrat pembelajaran sepanjang hayat.

 

Turut hadir bagi menyaksikan acara menandatangani perjanjian tersebut ialah YB. Senator Datuk Razali Idris Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan pegawai-pegawai kanan UMT.

 

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu