UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT dan CCM Polymers Sdn Bhd Jalin Kolaborasi Penyelidikan Industri Yang Mapan

UMT dan CCM Polymers Sdn Bhd Jalin Kolaborasi Penyelidikan Industri Yang Mapan

Monday, 28/05/2018

Share This Article :

KUALA LUMPUR – Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan CCM Polymers Sdn. Bhd menyaksikan pengukuhan kerjasama yang lebih utuh bagi usaha-usaha penyelidikan melalui projek Pembangunan Produk Polimer untuk Penjagaan Kesihatan dan Industri Sarung Tangan.

Kerjasama antara UMT dan CCM Polymers melibatkan bidang-bidang berkaitan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan bersama teknologi produk inovatif untuk industri sarung tangan dan penjagaan kesihatan dan membina kapasiti kemudahan penyelidikan polimer untuk pembangunan produk baharu melaui pembangunan teknologi terkini untuk penyelidikan dan pembangunan serta pertukaran sumber dan kepakaran.

 

MoU yang termetrai ini akan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama di antara UMT dan CCM Polymers. Kerjasama ini terjalin apabila Prof. Madya. Dr. Lam Su Shiung, ahli akademik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai Felo bagi CEO@Faculty Programme 2.0. Beliau dibimbing dan ditempatkan di bawah seliaan mentor-mentor daripada CCM. Penyelidikan UMT terus diangkat berikutan Dr. Lam telah diberi peluang menyumbang kepakaran beliau untuk membantu CCM Polymers dalam penyelidikan dan operasi syarikat tersebut sepanjang mengikuti program sangkutan ini dan membangunkan platform untuk mewujudkan kerjasama universiti-industri jangka panjang antara UMT dan CCM.

Menurut Naib Canselor UMT terdapat banyak inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia dalam merancang semula sistem untuk memenuhi keperluan industri berkaitan dengan Pelan Pendidikan Malaysia (MEB) 2015-2025 untuk pendidikan tinggi seperti menghasilkan usahawan dan pelajar holistik dan 2U2I dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Program 2U2I misalnya memerlukan mahasiswa untuk belajar di kampus selama dua tahun dan terlibat dalam industri selama dua tahun lagi.

“Program ini bertujuan untuk menyokong pendidikan fleksibel dan Shift 1 Pelan Pendidikan Malaysia iaitu Graduan Holistik, Keusahawanan dan Seimbang”.

CEO Faculty Programme 2.0 merupakan agenda penting yang telah diperkenalkan oleh KPT dan dilaksanakan untuk mencapai lonjakan kecemerlangan bakat seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025. Program yang melibatkan sangkutan industri selama enam bulan oleh ahli akademik muda bersama kepimpinan Syarikat Perbadanan Multinasional (MNC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini telah dilaksanakan bermula daripada September 2017 dengan slogannya ‘Coached by the PROs’.

 

Selain itu UMT memainkan peranan penting sebagai Institusi Pengajian Tinggi (HLI) dalam mempromosikan pendidikan dengan penglibatan industri dan masyarakat. UMT melalui Pemindahan Pengetahuan dan Pusat Hubungan Industri (PIJI) telah menerima belanjawan sekitar RM1,662,010.00 untuk 2017 (hingga Oktober) ini daripada kementerian, industri dan agensi lain.

Ujar Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar lagi, sebahagian daripada pemindahan pengetahuan, Inovasi sosial, dan program kemasyarakatan yang telah dilakukan atau berterusan adalah "Program Lestari: Inovasi Pendebungaan Lebah Kelulut Menjana Peningkatan Pengeluaran Melon Manis Terengganu" untuk masyarakat di Batu Hampar, Kuala Terengganu, dan "Sistem Penyahairan Air Laut" untuk masyarakat di Bachok, Kuala Besut. Projek-projek ini dibiayai oleh Pusat Transformasi Masyarakat Universiti (UCTC) dan MoHE. 
 
Selain itu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah membiayai "Program Empower ECER Latihan Akademik 2017 di Besut dan Setiu" dan "Program Empower ECER Latihan Akademik untuk Akuapolitan Kuala Nerus.
 
Naib Canselor UMT turut melahirkan harapan di atas perkongsian strategik antara industri dan institusi akademik untuk bekerjasama dalam berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan untuk membangun dan mengkomersialkan produk dan teknologi baru yang boleh digunakan untuk industri penjagaan kesihatan dan sarung tangan.  Selain itu pembangunkan pengetahuan dan program baru yang disesuaikan dengan keperluan oleh industri, memperoleh lebih banyak dana penyelidikan melalui permohonan geran bersama. Serta mengundang CCM untuk memberi ceramah dan seminar di UMT dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Malah kedua-dua pihak akan berkongsi 
 sumber dan kemudahan di UMT dan CCM untuk meningkatkan R & D dan latihan bersama untuk kakitangan dan pelajar.

Beberapa aktiviti berbentuk  kerjasama penyelidikan juga telah dirancang bagi memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak.

Mewakili UMT dalam menandatangani MoU ini adalah Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar dan disaksikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Fadhli Bin Ahmad manakala dari CCM Polymers Sdn. Bhd ialah Nik Fazila binti Mohamed Shihabuddin dan disaksikan oleh Dr. Khew Mei Ching.

 

Maklumat Lanjut:

Prof. Madya Dr. Lam Su Shiung

Pensyarah

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 016-7115694 

Emel : lam@umt.edu.my

 

 

 

 

Dikeluarkan oleh:


Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
Tel: 09-668 4418 / 011-12885918