UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

MYCAREER@MOE ANJURAN UMT GERBANG KERJAYA TERBAIK

MYCAREER@MOE ANJURAN UMT GERBANG KERJAYA TERBAIK

Monday, 14/10/2019

Share This Article :

KUALA NERUS – Kira-kira 7,000 pengunjung terdiri daripada pelajar dan pencari kerja mengunjungi carnival MyCareer@MOE anjuran Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

Objektif penganjuran program itu adalah bagi memberi memberikan peluang pekerjaan, pendedahan, pengalaman serta peluang perniagaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program MyCareer@MOE 2019 selain sebagai galakan kepada mahasiswa bagi memilih bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan pada masa hadapan.

 

Antara pengisian program seperti Pitch 4 Career, Pemeran Kerjaya & Kemahiran, Temu Duga Terbuka, Bicara bersama Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi dan Forum Bicaran Kerjaya (How To Market Yourself).

 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata penganjuran itu bertujuan untuk melatih pelajar mengembangkan bakat dan sebagai pendedahan berkaitan penganjuran program dalam kalangan pelajar UMT.

 

“Karnival ini juga bertindak sebagai medium perkongsian kepakaran dan pengalaman serta menawarkan peluang kerjaya kepada pencari kerja. Ia juga meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Universiti selain mengukuhkan strategi bagi meningkatkan kerjasama antara universiti dan agensi.

 

“Program ini juga bertujuan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan dan seterusnya melahirkan graduan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang”.

 

“Selain itu, kita juga menawarkan program meningkatkan kemahiran kepada orang ramai yang mungkin sedang mencari kursus peningkatan diri sebagai sumber pendapatan sampingan”.

 

Tambah beliau, carnival itu turut diselitkan program- program keusahawanan bersempena dengan bulan Keusahawanan.

 

“Kita juga wujudkan Kelas Digital Marketing Shopee, Biz Idea Challenge dan Food Cart  Business Pitching. UMT berusaha sebaik mungkin dalam menjadikan keusahawanan sebagai bidang kerjaya pilihan untuk mahasiswa UMT dan bukan hanya sebagai pencari kerja”.

 

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu berakhir 13 Oktober 2019 turut menerima penyertaan daripada JobsMalaysia,  Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur, Gabungan Pusat Bertauliah Kemahiran Terengganu, Career Cube dan lain-lain.

 

Turut hadir bagi menyempurnakan carnival tersebut ialah Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia serta pegawai-pegawai kanan UMT.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu