UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT teroka peluang kerjasama baharu bersama universiti Uzbekistan

UMT teroka peluang kerjasama baharu bersama universiti Uzbekistan

Monday, 16/10/2023

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Oriental University (Al-Bukhary), Uzbekistan bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala melalui jalinan kerjasama dalam bidang ekonomi dan pelancongan serta meneroka bidang baharu yang berpotensi dalam memberi manfaat kedua-dua pihak.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar menyatakan komitmen demikian ketika sesi kunjungan daripada deligasi Oriental University yang diwakili oleh Prof. Dr. Murodjon Akhmedov, Rektor universiti berkenaan.

“UMT juga bersetuju menawarkan kepakaran yang menjadi nic UMT seperti perikanan dan akuakultur serta keterjaminan makanan (food security) untuk dikongsikan dan diketengahkan kepada universiti itu.

“Kita juga akan perincikan program inbound dan out bound bagi pertukaran pelajar antara kedua-dua universiti.

Katanya, pihaknya bersedia untuk menawarkan program pengajian di universiti itu melalui franchais program.

“Kita akan adakan memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dalam waktu terdekat dan UMT akan terima tenaga pengajar bagi kursus bahasa arab di sini.

“Beberapa skop lain akan diperhalusi oleh UMT seperti penganjuran persidangan, pengambilan pelajar, program kerjasama (joint program) dan beberapa faedah lain untuk kebaikan bersama”. Katanya.

UMT yang ditubuhkan sebagai Pusat Perikanan pada 1979 telah melalui pelbagai peringkat evolusi berjaya menempa nama di pelbagai peringkat menerusi pencapaian akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan mahasiswa.

Antara pencapaian dan pengiktirafan yang telah diperolehi UMT iaitu penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, MyMoheS, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA.