UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT meterai kerjasama dengan Venator Asia

UMT meterai kerjasama dengan Venator Asia

Monday, 20/06/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Kaedah berkenaan rawatan air bagi berkaitan insdustri bakal dikembangkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam tempoh terdekat.

 

Perkara itu diperkuatkan lagi selepas majlis menandatangani dokumen perjanjian persefahaman (MOU) antara institusi terkemuka pantai timur itu dengan syarikat Venator Asia Sdn Bhd.

 

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, kolaborasi itu penting dalam usaha pengukuhan hubungan universiti dan industri terutamanya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan.

 

“Majlis ini kita adakan serentak acara menandatangani dokumen MoU dan juga MoA.

 

“Kedua-duanya memfokuskan usaha sama dalam bidang teknologi alam sekitar yang menjurus kepada rawatan air dan air sisa melalui penyelidikan dan perkongsian kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua pihak.

 

Jelas beliau, hubungan yang terjalin antara UMT dan Venator Asia sejak lima tahun lalu telah membuka pelbagai ruang dan peluang yang menguntungkan kedua-dua pihak.

 

“Hubungan kerjasama antara Venator Asia Sdn. Bhd dan UMT telah bermula pada 2018 apabila Venator Asia memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), Universiti Malaysia Terengganu untuk menjalankan sangkutan industri. Susulan dari itu, tiga geran industri dan tiga projek perundingan telah disalurkan oleh Venator Asia kepada kumpulan penyelidik FTKKI.

 

Selain itu, tambahnya UMT telah melantik Pengarah Urusan Venator Asia, Dato’ Haji Rozano Saad sebagai Profesor Adjung di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik.

 

“Pelantikan sebagai Profesor Adjung ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada pelajar UMT melalui sesi perkongsian kepakaran seperti ‘industry in the classroom’ dan sebagainya.

UMT telah menerima dana bernilai lebih RM200,000.00 bagi menjalankan aktiviti kajian dan penyelidikan yang dikendalikan oleh sekumpulan penyelidik sebelum majlis perjanjian itu dibuat.

 

Majlis itu menyaksikan UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik bagi mewakili UMT. Manakala Venator Asia diwakili oleh Pengarah Urusan Venator Asia, Dato’ Haji Rozano Saad dan Suhaimi Mohd Aripin, Pengurus Pengeluaran.

 

Turut hadir dalam majlis itu iaitu Profesor ChM. Dr. Marinah Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Madya Ts. Dr. Salisa Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik serta pegawai-pegawai kanan UMT.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu