UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT bukti keupayaan melalui pengiktirafan

UMT bukti keupayaan melalui pengiktirafan

Wednesday, 09/03/2022

Share This Article :

Sesebuah universiti dinilai melalui kedudukan dalam penarafan serta pengiktirafan yang diberikan oleh badan-badan professional peringkat global.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) turut tidak ketinggalan dalam penarafan peringkat antarabangsa walaupun usia kewujudannya jauh lebih ‘muda’ berbanding universiti lain.

Perancangan yang teliti dan strategik dipandu oleh pentadbir yang berwawasan serta berpandangan jauh kehadapan membuatkan gedung ilmu yang masyhur di pantai timur itu sering dirujuk oleh media dan agensi tempatan terutamanya berkaitan isu kelautan dan alam sekitar.

Antara pencapaian dan pengiktirafan yang telah diberikan kepada UMT iaitu penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, MyMoheS, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA.