KUALA NERUS, 17 Januari 2019  – Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sempena lawatan kerja beliau ke negeri Terengganu hari ini.

 

Kunjungan yang julung kali diadakan oleh YB Menteri tersebut disambut baik oleh Naib Canselor UMT selepas pelantikan beliau sebagai menteri kabinet dalam pentadbiran kerajaan baharu.

 

Dalam pertemuan singkat tersebut, Dato’ Nor Aieni membentangkan berkaitan bidang penyelidkan dan stesen penyelidikan yang berada di Pulau Bidong dan juga stesen pemuliharaan penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang yang menjadi ‘trade mark’ UMT.

 

Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Utama UMT, Pegawai-Pegawai Kanan dan warga kerja bangunan Canselori dan Pentadbiran UMT.

 

Maszlee Malik dalam ucapan sempena Majlis Amanat 2019 menekankan aspek membina insan melalui tema ‘Pendidikan untuk Semua’ bagi memacu halatuju KPM sepanjang tahun 2019.

Selain menyentuh cabaran mendepani pendidikan dalam menuju Wawasan 2020, Maszlee turut mengumumkan beberapa perkara penting.

 

“Bagi melahirkan masyarakat demokratik, bermoral, beretika dan penyayang, pendidikan adalah terasnya. Pendidikan adalah jalan sebenar menuju Wawasan 2020.

 

“Pendidikan ialah tanggungjawab semua. Kita tidak mahu lagi menjadikan pendidikan terlalu asing dengan masyarakat.

 

“Kita mahukan pendidikan terbaik buat anak-anak. Kita mahu mereka mencintai ilmu, terus membesar sebagai seorang yang sentiasa mahu belajar, dan memahami bahawa pendidikan bukanlah tentang penghujungnya semata-mata, tetapi proses berterusan mengejarnya. Katanya.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu