UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT DEDAHKAN PELAJAR DISLEKSIA DAN AUTISM PERSEDIAAN MENDEPANI IR 4.0

UMT DEDAHKAN PELAJAR DISLEKSIA DAN AUTISM PERSEDIAAN MENDEPANI IR 4.0

Sunday, 04/08/2019

Share This Article :

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

 

Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

 

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.

 

Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

 

Memandangkan golongan ini memerlukan sokongan dan perhatian daripada masyarakat, pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tampil memberi sokongan dan bantuan bagi mendedahkan pelajar-pelajar ini kepada bidang robotic yang dipelajari secara Hands On.

 

Program yang dikenali sebagai STEM@UNO 4 All anjuran Pusat Asasi STEM UMT bertujuan membuka peluang kepada pelajar-pelajar dari kalangan disleksia dan autism bagi mempelajari ilmu robotic dalam usaha membantu golongan tersebut Cuba menerapkan ilmu teknologi sebagai asas mendepani cabaran IR4. 0.

 

Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose berkata golongan itu perlu dibantu dan diberi perhatian.

 

“Sebagai sebuah Universiti, saya rasa terpanggil untuk membuat program seumpama ini bagi mmbantu pelajar dari kumpulan tidak berkemampuan dari aspek pembelajaran untuk bersama mencungkil bakat dan kreativiti pelajar secara hands on. Kita wujudkan kumpulan pelajar pintar dan kumpulan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran untuk mereka bersama-sama menghasilkan sistem robotik dengan dibantu oleh pelajar-pelajar pintar.

 

“Kita cuba terapkan nilai prihatin dan tanggungjawab kepada kumpulan pelajar pintar bahawa kumpulan ini bukan hanya tempa kejayaan secara individu, malah kebolehan dan kepintaran tersebut perlu dikongsi kepada kumpulan yang lain untuk terus maju ke hadapan. Kerjasama ini membantu membina jambatan pembelajaran untuk golongan istimewa bagi mengelakkan kumpulan ini terasing dari arus kemajuan.

 

Tambah beliau, program itu sebagai platform bagi mendekatkan jurang kumpulan pelajar cemerlang dengan pelajar yang mengalami masalah disleksia dan autism.

 

“Kerjasama antara pelajar lemah dan pelajar pintar menjadi lebih erat dengan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Kumpulan pelajar pintar perlu menggunakan idea dan kreativiti masing-masing bagi mengajar dan mmbantu kumpulan ini menghasilkan projek sehingga berjaya memandangkan setiap pelajar mempunyai karakter permasalahan tersendiri.

 

Program STEM@UNO 4 All turut mendapat kerjasama daripada agensi berita BERNAMA Biro Terengganu dan Sekolah Sains Sultan Mahmud (SESMA) serta tajaan daripada Duyong Marina & Resort.

 

Sementara itu, Siti Nur Syaqira Alia Mohd Izman, 11, pelajar yang mengikuti program itu menunjukkan minat luar biasa terhadap kerja-kerja penghasilan litar elektronik.

 

“Saya sangat gembira dapat siapkan projek ini. Perasaan saya sangat teruja apabila sambungan litar elektronik saya mampu menyalakan lampu LED dan juga mengeluarkan bunyi pada Buzzer. Saya hendak sertai lagi program seumpama ini jika diberi peluang pada masa akan datang.” Katanya.

 

Program tersebut disertai kira-kira 30 orang pelajar yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, pelajar program Asasi STEM UMT dan juga pelajar sekolah Sains Sultan Mahmud, Terengganu.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu