UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Auditorium PSNZ dijenamakan semula sebagai Auditorium Sulaiman

Auditorium PSNZ dijenamakan semula sebagai Auditorium Sulaiman

Tuesday, 27/2/2024

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila ahli Majlis Pengurusan Universiti (MPU) bersetuju menjenamakan Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (Auditorium PSNZ) kepada nama baharu iaitu Auditorium Sulaiman.

 

Pada tahun 2007, KUSTEM secara rasminya telah dinaiktaraf menjadi UMT dan beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama UMT sehingga tahun 2009. Sepanjang perkhidmatan beliau di UMT, banyak kejayaan yang telah berjaya diperoleh oleh warga UMT di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

 

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. ChM Dr. Marinah Mohd Ariffin, nama Auditorium Sulaiman itu adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa besar Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin yang merupakan Naib Canselor pertama UMT.

 

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin yang memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia telah dilantik sebagai rektor Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM) bermula tahun 2004 sehingga tahun 2007.

 

 

“Majlis ini diadakan bagi tujuan mengiktiraf tokoh pentadbiran UMT yang telah berjasa dalam membangunkan UMT.  Nama-nama tokoh berkenaan akan diletakkan di infrastruktur UMT yang ada diantaranya menjadi mercu tanda UMT.  Kita telah ada Dewan Sultan Mizan, Auditorium Mahyuddin dan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail.  Jadi sangat bertepatan dengan maksud tersebut, diletakkan nama tokoh pentadbiran UMT kepada Auditorium PSNZ, dan dinamakan sebagai Auditorium Sulaiman bersempena nama tokoh yang diraikan ini.  Ini adalah usaha UMT bagi mengiktiraf sumbangan tokoh dengan meletakkan nama pentadbir yang pernah membina asas dan hala tuju sehingga UMT kini menjadi sebuah institusi yang tersohor”. Kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. ChM Dr. Marinah Mohd Ariffin ketika majlis penjenamaan semula Auditorium PSNZ kepada Auditorium Sulaiman.

 

Auditorium yang terletak di aras satu bangunan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah mula beroperasi pada tahun 2004 itu mampu menampung seramai 250 pengunjung.

 

Selain menjadi tumpuan utama bagi pelbagai aktiviti di kalangan warga UMT, auditorium itu turut menyediakan perkhidmatan sewaan auditorium bagi kegunaan persendirian, swasta dan jabatan/agensi kerajaan.

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu