UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Piala Naib Canselor UMT milik Sekolah Sultan Alam Shah

Piala Naib Canselor UMT milik Sekolah Sultan Alam Shah

Sunday, 13/05/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Sekolah Sultan Alam Shah  muncul juara dalam pertandingan Choral Speaking 2018 dan sekaligus membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, wang tunai berjumlah RM 1500, plak dan sijil.

 

Manakala tempat kedua jatuh kepada sekolah SM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra dan manakala sekolah SM Sains Sultan Iskandar pula ditempat ketiga.

 

Sekolah Sultan Alam Shah  yang diwakili sekumpulan 25 pelajar itu bersaing dengan sembilan buah sekolah yang masing-masing johan diperingkat zon seperti SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, SM Sains Machang, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, SM Sains Muzaffar Syah, SM Sains Kubang Pasu dan SM Sains Miri.

 

 

Pada penganjuran kali ini, UMT mengetengahkan tema ‘Clean Our Ocean’ bagi membangkitkan kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara kelestarian laut dan biodiversiti sempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8 Jun setiap tahun dan sekali lagi UMT mengambil peluang ini menjadi hos bagi penganjuran pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan.

 

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar dalam ucapannya berkata pertandingan ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan berkaitan kepentingan melindungi biodiversiti marin, malah turut memperkasakan tahap penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar sekolah dan secara tidak langsung memperkenalkan UMT sebagai universiti awam yang menawarkan bidang sains kelautan.

 

 

Penganjuran Pertandingan Choral Speaking ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).