KUALA NERUS – Biarpun kekurangan berbanding belia lain, namun semangat dan dorongan yang diberikan oleh pihak UMT dan Dive Heart membuatkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mampu melihat keajaiban ciptaan yang maha esa di dasar laut.

Kira-kira 15 peserta OKU menyertai program Special Ability Diver dibantu oleh sekumpulan penyelam skuba bertaraf profesional diadakan di Pulau Bidong bagi meningkatkan tahap keyakinan diri dan semangat yakin boleh melalui aktiviti selaman skuba sebagai aktiviti riadah.

Pengarah Program, Baharim Mustapa berkata program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat berkaitan aktiviti riadah bawah air.

“Semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, belia dan veteran OKU kategori ketidakupayaan penglihatan, gangguan pendengaran, amputasi dan lain-lain turut merasai pengalaman dan memahami sebarang kemungkinan (imagine the possibilities) dalam kehidupan mereka melalui terapi bawah air yang dirasakan mustahil bagi golongan tersebut.

“Program ini diharapkan menjadi titik permulaan buat golongan OKU untuk menjadikan aktiviti air seperti selaman skuba ini sebagai bentuk riadah dan terapi bagi meningkatkan lagi keyakinan dan berdikari tanpa rasa kekurangan.

UMT merupakan universiti pertama yang mempunyai kelayakan dan mendapat kelulusan sebagai Dive Heart (Adaptive Diver Buddy Team) tahun lalu.

“Kejayaan ini yang mendorong pihak UMT menganjurkan program pengenalan selaman skuba kepada OKU termasuk kanak-kanak dan veteran. Katanya.

 

Untuk keterangan lanjut :

Baharim Bin Mustapa

Pengarah Program/

Ketua

Bahagian Operasi Luar dan Lapangan

Makmal Berpusat

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6683221

Emel : baharim@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu