UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Rangkul Pingat Perak Sempena Belt and Road University General Education Forum, Innovation and Entrepreneurship Competition di Tongren University, China

UMT Rangkul Pingat Perak Sempena Belt and Road University General Education Forum, Innovation and Entrepreneurship Competition di Tongren University, China

Sunday, 20/05/2018

Share This Article :

GUIZHOU, 17 Mei 2018 – Tiga pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari Jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) merupakan satu-satunya wakil kumpulan pelajar universiti dari Malaysia berjaya merangkul pingat Perak di pentas antarabangsa dalam Students’ Innovation and Entrepreneurship Competition dan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RMB 1,000.00, sijil dan plak bersempena dengan  “Belt and Road” University General Education Forum yang berlangsung di Tongren University, China.

Mempertaruhkan model inovasi perniagaan bertajuk “Improving the Security within One Belt One Road Region using Artificial Intelligence” yang diselia oleh Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob, kumpulan ini mendapat pujian dan komen positif dari para juri dan memperakukan bahawa projek ini mempunyai kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan keselamatan di Maritime Silk Road yang tinggi.

Pertandingan keusahawanan itu disertai oleh 10 kumpulan pelajar universiti terkemuka dari pelbagai negara seperti China, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

Sementara itu, pensyarah pengiring, Dr. Tan Min Pau turut dinobatkan best instructor dan membawa pulang sijil serta wang tunai berjumlah RMB 500.00.

 

Maklumat Lanjut:

Dr. Ahmad Faisal Mohamad Ayob

Pengarah,

Pusat Antarabangsa
Universiti Malaysia Terengganu
Tel: 017-9064733
Emel: ahmad.faisal@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan

oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
Tel: 09-668 5086 / 011-12885918
Emel: rozita.alias@umt.edu.my