UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT TERIMA 2,269 PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SECARA BERPERINGKAT

UMT TERIMA 2,269 PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SECARA BERPERINGKAT

Wednesday, 20/10/2021

Share This Article :

KUALA NERUS – Seramai 2,269 orang pelajar berkeperluan mula kembali ke kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) secara berperingkat bermula 17 Oktober 2021 sehingga 18 November 2021.

Kemasukan semula pelajar ke kampus itu selaras dengan pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Sri Dr. Noraini Ahmad pada 14 September lalu.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pihaknya menyambut baik dan telah mengatur gerak kerja bagi memastikan proses kemasukan pelajar secara fizikal berjalan dengan lancar dan bebas daripada penularan Covid-19.

“Proses kemasukan ini telah diperhalusi oleh Pengurusan Tertinggi UMT dan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak bahawa kumpulan berkeperluan khas sahaja yang diberi kebenaran seperti yang terlibat dengan aktiviti di dalam makmal dan bengkel serta akses pembelajaran dalam talian di rumah terhad.

“Kita juga memberi kebebasan kepada pensyarah untuk menggunakan medium pengajaran dan pembelajaran yang terbaik samada secara dalam talian, bersemuka atau secara hybrid.

Tambah beliau, pelajar yang bergejala akan ditempatkan di bangunan isolasi khas.

“Antara langkah yang kita lakukan bagi mengekang penularan Covid-19 adalah kumpulan yang berisiko atau bergejala ini akan ditempatkan di bangunan isolasi khas bagi tempoh 10 hari walaupun keputusan keputusan ujian Covid-19 menggunakan kit ujian Covid-19 (Saliva Self-Test) didapati negatif.

Tambah beliau, ibu bapa tidak perlu khuatir akan keselamatan para pelajar di kampus kerana UMT amat menitikberatkan kebajikan dan keselamatan serta beberapa lokasi tumpuan pelajar seperti Kolej kediaman, makmal, bengkel dan kelas dilakukan sanitasi mengikut SOP yang ditetapkan.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu