UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018

Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018

Wednesday, 06/09/2017

Share This Article :

UMT dengan rasminya hari ini bakal menerima kehadiran pelajar baharu (ijazah Sarjana Muda) bagi sesi kemasukan akademik 2017/2018 bermula 5 hingga 7 September 2017.

Bagi sesi kemasukan akademik 2017/2018 kali ini, sebanyak 2,782 tawaran telah dikeluarkan berbanding hanya 2,485 tawaran yang dikeluarkan pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak 11.9%.

Penawaran peluang melanjutkan pengajian kali ini meliputi 27 program pengajian yang ditawarkan iaitu 76% bidang sains dan 34% bidang sains sosial.

UMT juga bakal menerima lima (5) orang pelajar OKU (rabun, cacat kaki, cacat tangan dan pekak dengan bantuan alat pendengaran) pada pendaftaran sesi ini berserta sepasang pasangan kembar dari Terengganu.

Turut dijangkakan, seramai 17 pelajar antarabangsa juga dijangka bakal mendaftar di UMT bagi program pengajian sarjana muda dan kebanyakan adalah dari negara Timur Tengah.

Melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT telah menyediakan kemudahan bantuan kebajikan kepada pelajar kurang berkemampuan melalui program MyEhsan dimana, para pelajar yang layak dan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan akan menerima bantuan dalam bentuk pembiayaan yuran pengajian, wang saku dan lain-lain.

Pada 7 September 2017 kelak, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Ikrar Pelajar yang bakal dihadiri oleh para pelajar baharu sendiri dan seluruh warga UMT.

 


Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu