UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

RHB Islamic Endowed Scholar In Finance di UMT

RHB Islamic Endowed Scholar In Finance di UMT

Monday, 02/07/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah mencapai kata sepakat dengan pihak RHB Berhad melalui Majlis Menandatangani MoA bagi penajaan program RHB Islamic Endowed Scholar in Finance di UMT kepada ahli akademik bidang kewangan.

 

Penajaan ini merupakan penajaan ahli akademik pertama oleh pihak industri di UMT berbentuk endowmen terhad (restricted term endowment) bernilai RM150,000 bagi tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2021.

 

Beberapa kriteria lantikan dibangunkan berdasarkan input profesor bidang kewangan dalam dan luar negara serta badan-badan kewangan merangkum kelayakan akademik dalam bidang kewangan, kelayakan profesional dalam bidang kewangan, pengalaman profesional industri kewangan dan pelaburan serta rekod penerbitan artikel penyelidikan bidang kewangan dalam jurnal berkualiti atau berimpak-faktor tinggi.

 

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata penajaan endowmen seperti ini merupakan salah satu langkah penting untuk merekrut dan menyokong bakat akademik terulung dalam sesuatu bidang di universiti.

 

“Penajaan RHB Islamic Endowed Scholar in Finance ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan kualiti penyelidikan dalam bidang kewangan di universiti, justeru menaikkan ranking MyRA dan SETARA Universiti Malaysia Terengganu”.

 

Ujar beliau, program ini memberi peluang kepada calon yang layak menggunakan sebaik mungkin tajaan dalam bentuk geran penyelidikan bagi menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi dan secara tidak langsung akan mengharumkan nama universiti dan penaja iaitu RHB.

 

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis menandatangani MoA serta penyerahan sijil pelantikan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Dato’ Adissadikin Ali, pegawai-pegawai UMT serta wakil-wakil RHB Berhad.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09-6684418

Emel: rozita.alias@umt.edu.my