UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

PASUKAN UMT TEWASKAN 13 UNIVERSITI AWAM

PASUKAN UMT TEWASKAN 13 UNIVERSITI AWAM

Thursday, 10/10/2019

Share This Article :

KUALA NERUS – Dua pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dinobatkan sebagai pemenang utama dalam Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi yang diadakan di Kinrara Resort, Puchong baru-baru ini.

Kedua-dua pelajar Tahun 3 jurusan Perakaunan itu, Muhammad Haris Farhan Mohd Basri dan Norjaz Allia Md Khalil berjaya menewaskan peserta dari 13 universiti seluruh Malaysia dan seterusnya membawa pulang RM 3,000 dalam bentuk unit amanah ASNB.

Acara CSR ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai pentingnya perancangan kewangan, risiko dan konsep pulangan, industri unit amanah dan mengenai PNB.

Menurut Haris, kuiz itu memberi cabaran dalam menguji daya berfikir dan memerlukan semangat kerja berpasukan.

“Alhamdulillah, perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan sepasukan yang lain semasa menjawab soalan menjadi kunci kejayaan kumpulan kami. Memandangkan ahli kumpulan tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan seperti ini, ia bukanlah suatu halangan bagi kami untuk terus buktikan kemampuan diri”.

“Kami juag berasa sangat bersyukur kerana dapat memasuki peringkat akhir dan mampu bersaing dengan universiti yang lain walaupun baru pertama kali memasuki pertandingan ini.”

Tambah beliau, pasukannya menaruh harapan yang tinggi dalam penganjuran kuiz-kuiz seperti ini pada tahun akan datang dan mengambil peluang sebaiknya bagi mencabar kemampuan diri serta dapat menjulang nama UMT.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu