UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

OKU terpisah dengan rakan karib

OKU terpisah dengan rakan karib

Wednesday, 23/03/2022

Share This Article :

Kuala Nerus: “Di mana ada saya disitu akan ada Muhammad Syazali Zulkifle, 24, merupakan bayangan saya sejak tiga tahun menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) namun hari ini saya dan dia akan terpisah selepas kami berjaya menamatkan pengajian,” kata Mohamad Zulhilmi Mohd Raduwan, 24, dari Kampung Teluk Menara, Kuala Terengganu.

 

 

Menurutnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) berkata, pada peringkat awal pengajian dia dibantu kakitangan UMT dalam menguruskan pergerakannya ketika ingin ke kampus atau pulang ke asrama.

 

 

Katanya, melihat keadaan dirinya rakan karibnya Syazali, sanggup menjadi pembantunya ketika berada di kampus dan asrama selain ke mana saja dia pergi akan ada bayangan rakannya itu untuk membantu.

 

 

“Kami seolah-olah adik beradik dimana ada saya disitu juga akan ada Syazali, malah rakan saya itu juga tinggal bersama di bilik asrama.

 

“Urusan untuk ke kampus menjadi lebih mudah dengan bantuan Syazali, namun selepas ini hanya tinggal kenangan buat kami berdua kerana rakan saya akan pulang ke Perlis,” katanya yang juga atlet memanah Sukan Malaysia (SUKMA) paralimpik Terengganu, ketika ditemui, semalam.

 

Menurutnya, dia bersyukur kerana mempunyai sahabat sebaik rakannya itu kerana sanggup bersusah payah membantu dirinya kerana tanpa seseorang yang membantu mungkin agak sukar buat dirinya untuk bergerak dari asrama ke kampus.

 

Katanya, apabila pergerakkannya untuk ke kelas menjadi mudah dalam waktu sama fokusnya kepada pelajaran juga tidak terganggu dan kini sudah bergelar seorang graduan dalam jurusan sarjana muda ekonomi (sumber alam).

 

Zulhilmi berkata, hatinya sedikit sayu mandangkan dia akan terpisah dari rakannya itu namun tetap bersyukur kerana kemodenan teknologi mampu mendekatkan mereka walaupun hakikatnya kawannya di utara dan dia di timur.

 

“Sekiranya mempunyai kawan yang berhati mulia sanggup membantu ketika susah dan senang maka kekurangan yang Allah berikan ini bukan alasan untuk kita belajar hingga berjaya.

 

“Adat bertandang akhirnya akan pergi juga namun kenangan sepanjang tiga tahun menuntut ilmu bersama Syazali tidak akan saya lupakan buat selamanya,” katanya.

Menurutnya, bantuan yang dihulurkan rakannya itu bukan hanya di kampus dan asrama malah ke mana saja mereka pergi akan ada rakan karibnya itu untuk membantu dan memori itu amat terkesan selepas kami tamat pengajian kerana untuk ke mana-mana tidak lagi akan bersama.

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu