UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT SASAR KELOMPOK 150 UNIVERSITI TERBAIK

UMT SASAR KELOMPOK 150 UNIVERSITI TERBAIK

Sunday, 13/12/2020

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan kedudukan di kelompok 150 universiti terbaik Asia pada tahun 2022 selepas berjaya berada ditangga 195 dalam penarafan QS University Ranking baru-baru ini.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata kerjasama semua warga UMT mampu meningkatkan pencapaian kecemerlangan ke tahap yang lebih baik.

 

“Kita telah pun berada di tahap yang cukup baik pada ketika ini hasil kerja keras dan usaha gigih yang telah dilakukan. Saya menyeru dan mengajak semua warga UMT samada dari kumpulan akademik atau bukan akademik agar memainkan peranan masing-masing sebagai sebuah keluarga yang saling melengkapi untuk bersama-sama menyumbang dalam meningkatkan lagi pencapaian UMT bagi menuju sasaran kelompok 150 universiti terbaik pada 2022”

 

Beliau berkata demikian ketika program temu bual khas di konti UMT.fm sempena UMT.fm 24 Hour Challenge.

 

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada UMT.fm dan pengurusan UMT kerana berjaya mewujudkan platform penyampaian maklumat. Saya kira platform ini sangat baik dan menarik sebagai medium perkongsian maklumat serta hebahan mengenai isu-isu semasa serta makluman terkini berkaitan aktiviti di UMT”.

 

Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang dilantik ke jawatan itu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 1 November lalu optimis dengan pembaharuan dan sokongan yang diberikan oleh warga UMT dalam memacu kecemerlangan akademik.

 

Sementara itu, orang ramai khususnya mahasiswa boleh mengikuti perkembangan UMT melalui saluran radio.umt.edu.my atau http://umtfm.myl2mr.com/.

 

Saluran radio itu bukan sahaja sebagai medium hebahan maklumat, malah merupakan ‘pusat latihan’ dan pengembangan bakat pelajar berkaitan juru hebah.

 

Timbalan Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) UMT, Badruhisham Darus berkata  penubuhan UMT.fm bertujuan sebagai medium komunikasi antara warga kampus UMT terutamanya pelajar.

 

“Kita telah mendapat respon dan sambutan yang baik daripada warga kampus terutamanya pelajar. Selain mendekati pelajar-pelajar dengan dendangan lagu yang menarik, kita juga menawarkan pengalaman menjadi seorang juru hebah kepada para pelajar yang berminat dan secara tidak langsung UMT.fm menjadi pusat latihan dan pengembangan bakat para pelajar.

 

“UMT.fm juga sebuah medium hebahan yang tidak berasaskan keuntungan seperti saluran radio komersil lain. Selain itu, UMT.fm juga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan kehadiran pensyarah di konti UMT.fm”. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu