UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT muncul juara dipentas antarabangsa

UMT muncul juara dipentas antarabangsa

Tuesday, 14/06/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Sekumpulan enam pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul juara bagi pertandingan inovasi peringkat antarabangsa anjuran Ocean Affairs Council and the American Institute in Taiwan Kaohsiung Branch pada 25 April 2022 lalu sekaligus menjadi pemilik hadiah wang tunai berjumlah NT $ 50,000.00 (RM 7,500.00)..

 

Kumpulan yang dinamakan sebagai Serpihan itu terdiri daripada pelajar program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) telah mendapat bimbingan daripada Dr. Maizah M. Abdullah selaku penasihat.

 

Menurut beliau, kumpulan pelajar bimbingannya antara kumpulan tunggal yang layak mewakili Malaysia untuk mara ke peringkat akhir bagi kategori Ocean Challenge 2022.

 

“The Ocean Challenge 2022” terbuka kepada peserta berumur antara 15 hingga 35 tahun untuk mencadangkan penyelesaian kreatif kepada isu lautan yang menggunakan sains marin sebagai elemen utama”

 

“Saya sering mengingatkan pelajar bahawa saiz dan di mana lokasi universiti berada tidak penting tetapi kualiti ilmu yang diperoleh di UMT membuktikan bahawa kita berada di barisan hadapan dalam nic marin bukan sahaja pada peringkat nasional malahan juga di peringkat antarabangsa”. Ujar beliau yang juga merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, UMT.

 

Program Ocean Challenge yang dilancarkan pada 2019 merupakan pentas penglibatan pelajar dan generasi muda di seluruh dunia bagi menangani krisis lautan.

 

Sementara itu, Ketua kumpulan Serpihan, Nadia Umar Ridzuan berkata kemenangan itu merupakan hadiah bermakna buat UMT dan berharap agar diberi peluang bagi penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa yang lain.

Serpihan diwakili oleh Nadia Umar Ridzuan, Brendon Vun Man Fook, Muhammad Faris Hadi Zulkifli, Aizatul Jasmine Azizan, Jennifer Janani A/P Sathiaseelan dan Amanda Fika Kanchan.

 

Untuk rekod, alumni UMT, Mogesh Sababathy pernah dicalonkan sebagai Finalis Anugerah Komanwel 2021 dan kejayaannya turut dijadikan inspirasi inspirasi kepada pelajar lain khususnya Program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) untuk turut melangkah jauh dalam bidang kepimpinan alam sekitar marin di peringkat global”.

 

 

Disediakan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu