UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT garis empat elemen fokus sasaran utama 2023, luluskan peruntukan lebih RM1.26 juta

UMT garis empat elemen fokus sasaran utama 2023, luluskan peruntukan lebih RM1.26 juta

Tuesday, 21/02/2021

Share This Article :

Sejumlah peruntukan dana khas diluluskan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi program mentoring dan latihan strategi penerbitan dan proposal penyelidikan dalam usaha meransang sebahagian ahli akademia yang kurang aktif berjaya menghasilkan penerbitan berimpak masing-masing.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaafar berkata tumpuan itu khusus bagi aspek pembangunan bakat akademik dalam memastikan para akademia bergiat aktif seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.

 

“Bakat Akademik merupakan key enablers dalam memastikan peranan  utama UMT bergerak dengan cemerlang.

 

“Penekanan dan pemerhatian berfokus akan diberikan kepada 30 peratus bakat akademik terbabit supaya terlibat dengan perolehan geran, melaksanakan penerbitan dan menjadi penyelia pelajar siswazah. Usaha ini diharap dapat meningkatkan bilangan perolehan geran dan penerbitan berimpak sehingga 10 peratus atau 20 peratus daripada paras sekarang.

 

“Tahun ini kita sasarkan 300 proposal penyelidikan dihantar melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan sebagai penyelaras dan menjadi ‘key point’ untuk tujuan ini dan Penyelidikan yang berimpak tinggi merupakan faktor penting bagi penghasilan output yang cemerlang. Ianya penting bagi membolehkan UMT dan para penyelidik dirujuk oleh penyelidik dan institusi terunggul luar negara.

 

“Kita tawarkan insentif penerbitan artikel Q1 dan Q2 (WoS) diteruskan terutamanya di dalam bidang tujahan dengan menyediakan peruntukan penerbitan sebanyak RM400 ribu ringgit pada tahun 2023 serta pemberian Dana Khas Geran Dalaman akan diteruskan dengan peruntukan yang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya iaitu RM1.26 juta dengan pecahan penawaran geran dalaman Research Intensified Grant Scheme sebanyak RM540,000, Private Partnership Research Grant sebanyak RM300,000, International Partnership Research Grant sebanyak RM300,000 dan Geran Padanan 1+3 diperuntukan sebanyak RM120,000.

 

Katanya, kejayaan sesebuah organisasi turut disumbang oleh keupayaan kemahiran serta pengalaman yang dimiliki oleh ahli kumpulan.

 

Justeru, beliau berkata UMT turut memperuntukkan dana khas pembangunan staf bagi melahirkan warga kerja yang cemerlang dan holistik.

 

“Bagi menyokong program ini, UMT memperuntukkan sejumlah RM2,000 setiap seorang bertujuan membuka peluang dan memberi pendedahan kepada warga bukan akademik  meningkatkan keupayaan dan kemahiran yang dipelajari hasil lawatan ke institusi luar negara, di samping diberi pendedahan mengenai kepelbagaian geografi, budaya pengurusan dan pentadbiran institusi pengajian tinggi.

 

Selain itu, katanya, pentadbirannya juga menekankan aspek galakan amalan inovasi bagi meningkatkan produktiviti kerja melalui peruntukan Dana Inovasi berjumlah RM45,000.

 

“Pelbagai aspek berhubung bidang tugas juga boleh ditambah baik melalui pelbagai kaedah inovasi yang akan menghasilkan sesuatu yang signifikan dan memberi impak kepada kecekapan dan produktiviti kerja.

 

“Oleh itu, bagi memberi pendedahan dan pengalaman amalan inovasi kepada warga, UMT akan menyediakan peruntukan Dana Inovasi berjumlah RM45,000 pada tahun 2023 khusus untuk penyertaan pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan.

 

Ujar beliau, UMT terus menyokong menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah diterjemahkan semasa majlis amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi yang disampaikan baru-baru ini berkaitan kelonggaran kuasa secara mutlak kepada mahasiswa untuk mengendalikan perniagaan dalam usaha memperkasakan usahawan pelajar.

 

“Selari dengan hasrat KPT semasa Amanat YB Menteri baru-baru ini, dengan ini saya ingin mengumumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Keusahawanan UMT atau Centre for Entreprenuership Excellence (CFEE UMT) dalam usaha mewujudkan budaya usahawan dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan dengan serius.

 

“CFEE berperanan sebagai penyampai ilmu, pemudahcara serta pusat latihan yang praktikal dan mampu menambah baik tadbir urus serta fokus keusahawanan pelajar secara serentak, sistematik dan teratur sekaligus membentuk minda pelajar agar cenderung kepada bidang keusahawanan.

 

“kita perlu mengadakan program dan aktiviti yang menyemai minat pelajar untuk menjadi seorang usahawan dengan kolaborasi bersama pihak luar.

 

Selain itu, tegas Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abg Ghaffar, beberapa elemen utama dikelaskan sebagai kunci tumpuan utama universiti sebagai sasaran tahun 2023.

 

“Tumpuan yang akan saya berikan bagi tahun 2023 adalah dari dimensi Pemampanan Kewangan, Pemerkasan Bakat, Peningkatan Reputasi dan seterusnya Memperkasa Komuniti Melalui Pemindahan dan Asimilasi Ilmu Berasaskan Penyelidikan”. Ujar beliau ketika Majlis Amanat Naib Canselor 2023 yang diadakan di Auditorium Mahyudin, kampus UMT baru-baru ini.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan institusi pengajian tinggi awam ke-14 disenaraikan dalam negara telah menjadi pusat rujukan bagi aktiviti berkaitan oseanografi melalui pengiktirafan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) sebagai Higher Institution Centre of Excellence (HICoE); dan juga Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) diiktiraf sebagai Higher Institution Centre of Excellence (HICoE) bagi bidang akukultur dalam menyokong Dasar Keselamatan Makanan Negara.