Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya menjadi tuan rumah Persidangan1st International Union for Conservation of Nature (IUCN) Symposium and Red List Assessment 2018 bersama dengan satu bengkel Penilaian Sciaenidae. UMT melalui Insitut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) dengan anjuran bersama National Museum of Marine Biology & Aquarium (NMMBA), Taiwan.

 

Sejajar dengan tema persidangan ini iaitu “Ensuring species and ecosystem conservation for the future: Theory, challenges and practices”, persidangan ini bertujuan melonjakkan kepentingan pengetahuan khusus mengenai proses penilaian spesis terancam yang berlainan dari peringkat nasional ke peringkat antarabangsa dan memahami keadaan terkini yang menyebabkan spesis-spesis tersebut terancam.

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dalam ucapannya berkata Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) “Senarai Merah Spesies Terancam” adalah piawaian global untuk menilai status pemuliharaan, bergantung kepada teori risiko kepupusan untuk mengkategorikan spesies mengikut gejala risiko kepupusan yang tinggi”.

 

”Persidangan ini turut menghimpun penyelidik dan ahli akademik tempatan di mana pleno dari Malaysia serta penceramah ucaptama dari Amerika Syarikat dan Taiwan. Selain itu, penceramah-penceramah jemputan dari Bangladesh, Myanmar, south Agrica, Brazil, China dan lain-lain turut akan menyertai persidangan ini”.

 

“Selain menghimpunkan para penyelidk dan ahli akedemik di dalam symposium ini, ia juga bertujuan memupuk ekosistem perkongsian idea penyelidikan serta mewujudkan jaringan kerjasama”.

 

Menurut Yang Berhormat Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) isu alam sekitar bukanlah sesuatu yang baru malah semakin berbahaya dan membimbangkan. Pencemarah plastik besar dan plastik mikro di lautan telah mengancam, hidupan laut dan daratan. Kita telah gagal menghormati kehidupan dan ekosistem yang lain dan gagal menjaga bumi yang kita pinjam dari generasi muda kita.

 

Majlis perasmian persidangan ini disempurnakan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

 

Bengkel penilaian Sciaenidae akan turut berlangsung pada 27 dan 28 September 2018. Sciaenidae dalam bahasa saintific, biasanya dikenali sebagai ‘ikan gelama’ di Malaysia. Ikan-ikan ini biasanya terdapat di kawasan pantai tropika, estuary dan perairan cetek.

Pada 2016, Global Sciaenidae Conservation Network (GSCN) bersama dengan International Union for Conservation of Nature (IUCN) Species Survival Commision (SSC) Sciaenidae Senarai Merah telah berjaya mengenalpasti 60 spesis yang akan digunakan untuk penentuan ikan gelama terancam dalam lautan. Bengkel ini akan mengusahakan kerja-kerja penilaian dan pemuliharaan ikan gelama ini supaya boleh digunakan sebagai rujukan penting untuk dasar pemuliharaan masa depan dan pengurusan sumber perikanan.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar lagi ilmu dan penyelidikan sains mengenai spesis-spesis terancam merupakan tunjang dalam mempelopori dan melahirkan kajian penyelidikan dan pemuliharaan masa depan untuk spesis-spesis tersebut. Diharapkan persidangan ini membuka peluang kepada penyelidik dan ahli akademik untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan memperluaskan kajian dalam bidang spesis terancam”.

 

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu