UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

CEFS’23 tawar peluang pekerjaan

CEFS’23 tawar peluang pekerjaan

Monday, 11/12/2023

Share This Article :

Kuala Nerus – Career, Entrepreneurship and Skills Festival 2023 atau CESF’23 menawarkan lebih 400 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri kepada bakal graduan Universiti Malaysia Terenganu (UMT).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata, karnival kerjaya yang diadakan selama tiga hari bermula 10 Disember 2023 itu membuka peluang kepada mahasiswa untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan serta latihan lanjutan.

“Pada masa sama, mereka boleh meninjau latihan industri yang ditawarkan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam karnival itu yang menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.

“Komitmen kita adalah untuk membentuk satu ekosistem keusahawanan dan kebolehpasaran graduan yang mapan dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan seiring dengan Pelan Strategik UMT (PSUMT 2023-2027) dalam membentuk pelajar berdaya saing ke arah melahirkan generasi pelapis yang unggul di masa hadapan”.

Katanya, inisiatif itu merupakan antara program yang tersenarai di bawah inisiatif Kanvas Siswa Madani @ UMT yang dikelolakan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UMT bagi mempersiapkan mahasiswa untuk menguasai pelbagai kemahiran dalam mempersiapkan diri menceburi alam pekerjaan selaras dengan agenda utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan menerusi Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan KPT dan juga meningkatkan bilangan mahasiswa serta graduan yang menjadi usahawan menerusi Pelan Tindakan Keusahawanan IPT.

“Selain itu, ia juga dapat membentuk sahsiah yang murni dengan memberi penekanan kepada program etika sosial khususnya semasa mereka berada di tempat latihan industri atau di tempat kerja”.

Menurutnya, karnival itu turut menganjurkan sesi perkongsian antara industri bersama pelajar mengenai pelbagai topik pembangunan kerjaya seperti Pameran Kerjaya & Temuduga Terbuka, Pitch4Career, Career Talk oleh THRDC, PERKESO, CelcomDigi, Entrepreneurship Business 101 and Monitization with TikTok.            

Selain itu, CEFS’23 turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti Retro Run, Betta Competition, Jualan Usahawan UMT/Usahawan FAMA/Jualan Agro MADANI (FAMA),  Entrepreneur Talk : Program Keusahawanan MySiswa OneXOX, Maxis Young Talent Programme,    CESF’23 Fit: Jumbaaa , Slot bersama FAMA Terengganu: Agrobaazar Online, Forum Kerjaya dan Keusahawanan: “Why Entrepreneurship is The Future of Work?”, Entrepreneur Talk bersama SSM: 1 Mahasiswa 1 Perniagaan, Pocket Talk: Siswa Peniaga Bijak Cukai oleh LHDN, Sesi Pendaftaran Syarikat Pelajar (SSM), Pertandingan Melukis dan Mewarna Logo Perniagaan Sendiri serta Pertandingan Memasak.

Turut hadir iaitu Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu, Farihah Che Husin bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan karnival tersebut.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu