UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah Setia Bakti UMT hargai khidmat 151 warga UMT

Anugerah Setia Bakti UMT hargai khidmat 151 warga UMT

Wednesday, 25/04/2018

Share This Article :

Bagi mengiktiraf jasa dan khidmat warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah berkhidmat selama 10 tahun di UMT, satu sesi penyampaian Anugerah Setia Bakti telah diadakan bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Warga UMT.

Pada tahun ini (2018), seramai 151 orang warga UMT yang terdiri daripada pelbagai Gred dan Skim jawatan diraikan dan anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar

Turut diraikan adalah 10 orang pesara yang telah dan bakal bersara pada tahun 2018 terdiri dari pelbagai Gred dan Skim perjawatan.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan dua tabung sumbangan. Tabung Fastabiqul Khairat bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi dan Tabung Wakaf llmu UMT.

Untuk rekod, Tabung Fastabiqul Khairat yang mula diwujudkan pada tahun 2013 telah mencatatkan jumlah sumbangan sebanyak RM79,374.70 (tahun 2017), RM77,575.00 (tahun 2016) dan RM55,532.00 (tahun 2015).

Hadir sama dalam majlis ini adalah Timbalan-timbalan Naib Canselor UMT, Penolong Naib Canselor UMT serta Warga UMT dah ahli keluarga pesara UMT.