UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Pemilihan MPP UMT secara atas talian elak jangkitan Covid-19

Pemilihan MPP UMT secara atas talian elak jangkitan Covid-19

Sunday, 20/02/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Proses pengundian pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjalan lancar walaupun suasana pemilihan sedikit berlainan akibat ancaman varian baharu Omicron.

 

Kira-kira 55.52 % peratus pelajar bersamaan 5,205 orang daripada keseluruhan 9,375 orang yang membuang undi secara atas talian sepenuhnya di portal MyUndi di MyNemo UMT bagi memilih barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022.

 

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2021/2022, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya berkata sesi pembuangan undi bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang melibatkan 33 orang calon dengan pecahan 15 calon bertanding di peringkat Umum dan 18 calon bertanding di peringkat Fakulti.

 

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan baharu yang berjaya menambat hati pengundi dalam kalangan pelajar.

 

“Saya berharap barisan kepimpinan baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan melakukan pembaharuan yang menguntungkan warga pelajar”. Ujar Dr. Hafiz yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT.

 

Antara calon yang membarisi kepimpinan baharu iaitu Nur Shazleen Esham (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Umar Mohd Yusof (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Nurin Faqihah Mahadi (Fakulti Pengajian Maritim), Muhammad Nur Aiman Aliff Ab Razak (Fakulti Pengajian Maritim), Nurdini Ahmad (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan), Ahmad Rusyaidi Che Ayob (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan), Nur Aisyah Farhanah Zamri (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Muhammad Syafiq Rafa’ie Mohd Noh (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Ameerul Iskandar Abdullah (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik), Afdalina Ba Barahim (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik), Brendon Vun Man Fook (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Muhammad Al-Nurfirdaus Nazri (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Fatin Nuraqilah Ahmad Zairil (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Nur Amirah Agus (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Nur Syamimi Mohd Rudin (Fakulti Pengajian Maritim).

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu