UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT LONJAK KEDUDUKAN DALAM RANKING PENARAFAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

UMT LONJAK KEDUDUKAN DALAM RANKING PENARAFAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

Monday, 20/5/2024

Share This Article :

Kecemerlangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus terserlah apabila berada dalam kelompok 251-300 di peringkat dunia dalam “Times Higher Education Young University Rankings 2024”, berbanding dengan kedudukan 401-500 pada tahun sebelumnya.

 

Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, yang menjalankan tugas sebagai Naib Canselor UMT, menzahirkan rasa bangga atas kejayaan UMT menyertai kelompok tujuh universiti terbaik di Malaysia atau keempat dalam kalangan universiti awam.

 

Tambahnya peningkatan skor UMT dalam hampir semua indikator adalah bukti kejayaan perancangan dan inisiatif yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik UMT 2018 – 2022. Terutama, peningkatan yang ketara dalam skor indikator kualiti penyelidikan menunjukkan bahawa UMT berada pada landasan yang kukuh dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti disamping kriteria pengantarabangsaan. Selain itu, penilaian ini juga mengambilkira kriteria pengajaran dan pemerhatian pihak industri.

 

UMT akan terus bergerak maju dengan perancangan dan inisiatif yang lebih segar dan terarah melalui Pelan Strategik UMT 2023 – 2027. Walaupun masih muda, UMT mampu bersaing dengan universiti-universiti ternama di negara ini, terutama dalam bidang penyelidikan.”

 

Pencapaian ini menjadikan UMT sebagai universiti ketujuh terbaik di Malaysia dengan peningkatan sebanyak empat tangga. Keputusan yang diumumkan semalam melibatkan lebih daripada 673 universiti dari seluruh dunia yang tersenarai dalam “Times Higher Education Young University Rankings 2024”.

 

Syabas dan tahniah kepada warga UMT yang sentiasa komited serta gigih berusaha dalam memastikan UMT berada pada kedudukan yang terbaik!.

 

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

19 Mei 2024