UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT TERAPKAN KEPENTINGAN KHAZANAH WARISAN KAPAL KARAM DI PERAIRAN TERENGGANU MELALUI PROGRAM SULAM

UMT TERAPKAN KEPENTINGAN KHAZANAH WARISAN KAPAL KARAM DI PERAIRAN TERENGGANU MELALUI PROGRAM SULAM

Monday, 03/07/2023

Share This Article :

Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melaksanakan Program Services Learning Malaysia University for Society Program (SULAM).

Dr. Nik Nurhalida binti Nik Hariry, Penyelaras Program SULAM berkata program ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian asas bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

Tambahnya lagi secara tidak langsung program ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kepentingan khazanah kapal karam yang terdapat diperairan negara amnya.

Subjek Marine Salvage & Underwater Heritage (MMM3673) telah terpilih untuk melaksanakan program SULAM bagi semester II 2022/2023. Pensyarah bagi subjek ini iaitu Dr. Nik Nurhalida binti Nik Hariry sendiri telah bekerjasama dengan SMK Lembah Bidong, Setiu, Terengganu di dalam menjalankan program SULAM yang bertajuk “Kepentingan Khazanah Warisan Kapal Karam di Perairan Terengganu”.

Menurut Dr Dr. Nik Nurhalida lagi pemilihan SMK Lembah Bidong, Setiu Terengganu adalah kerana reputasi sekolah yang terbaik dan lokasi sekolah bersesuaian dengan tajuk program yang dilaksanakan.

Seramai 50 orang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Maritim, Fakulti Pengajian Maritim (FPM) telah terlibat dalam program ini. Pengisian bagi program ini adalah sesi taklimat mengenai “Kepentingan Khazanah Warisan Kapal Karam di Perairan Terengganu” yang disampaikan oleh Dr. Nik Nurhalida binti Nik Hariry sendiri.

Selain itu Perbentangan oleh para pelajar UMT (6 kumpulan) “Penerangan mengenai kapal-kapal karam di perairan Malaysia” dan Slot 2 Aktiviti para pelajar SMK Lembah Bidong (6 kumpulan) “Mencipta Model Kapal daripada Bahan Kitar Semula”.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Pengetua SMK Lembah Bidong, YBhg.Puan Hayati binti A.Rahman. Program berlangsung pada 25 Jun 2023 turut dihadiri oleh para pensyarah, mahasiswa UMT serta guru-guru SMK Lembah Bidong.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu