KUALA NERUS, 20 May 2019 – Sebagai sebuah universiti awam yang menjadi rebutan,

pelbagai usaha dilakukan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam meningkatkan kemahiran sosial pelajar dan kebolehpasaran siswazah (GE) terutama kepada industri.

 

Antara usaha UMT dalam mencapai matlamat ini adalah dengan menganjurkan program Student Research Day 2019 bertempat di Dewan Sultan Mizan UMT selama dua hari berakhir 21 Mac 2019. Penganjuran ini rentetan daripada program inovasi yang diadakan pada 2018, telah diperluaskan lagi dengan penglibatan pelajar pasca siswazah.

 

Menurut Pemangku Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Prof Madya Dr. Ruhani binti Mat Min berkata, program ini bertujuan untuk menonjolkan penyelidikan lintas disiplin dan translasi yang dijalankan di universiti serta memberi pendedahan kepada masyarakat setempat dan industri mengenai penyelidikan semasa yang telah dijalankan oleh pelajar UMT serta penerapan penyelidikan kepada masyarakat setempat industri dan masyarakat.

 

“Para pelajar akan membentangkan projek penyelidikan serta projek akhir (PITA) bagi merebut kedudukan tertinggi dalam pertandingan sempena penganjuran program ini”.

 

Mengulas lanjut, Prof Madya Dr. Ruhani berkata, pada tahun ini, kami menerima sejumlah 1,972 peserta yang terdiri daripada 1,910 mahasiswa dan 62 pelajar siswazah, dari Sembilan buah sekolah dan empat institusi penyelidikan. Sebanyak 1,484 penyertaan adalah dari bidang sain manakala 488 adalah dari sains sosial.

 

“Bagi penilaian, setiap pelajar dinilai oleh tiga penilai yang terdiri daripada pensyarah UMT, dan wakil dari industri lain. Sebanyak 736 penilai dalaman dan luaran terlibat semasa penilaian. Sebagai amalan untuk tidak menggunakan kertas, penilaian bagi setiap penyampaian poster telah dijalankan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR”.

 

“Penglibatan agensi, industri dan komuniti juga membuka ruang dan peluang untuk memasarkan mahasiswa-mahasiswa UMT dan itu adalah strategi kami rancang untuk pelajar”.

 

Prof. Madya Dr. Ruhani binti Mat Min turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Hari Penyelidikan Pelajar @ UMT 2019 dan berharap semua pihak akan bersama-sama menyokong dan menyumbang ke arah mencapai aspirasi, visi dan misi UMT.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu