UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT- Terengganu e-Sailing League (July Series)

UMT- Terengganu e-Sailing League (July Series)

Thursday, 05/08/2021

Share This Article :

UMT- Terengganu e-Sailing League (July Series) kembali membuka gelangang mayanya bermula 23 hingga 25 Julai yang lalu. Kejohanan bersiri ini sepatutnya diadakan pada awal bulan Jun tetapi tertangguh ekoran seluruh negara menghadapi PKP 3.0. Penanguhan ini terjadi apabila urusetia kejohanan tidak dapat hadir secara fizikal ke Makmal Sains Nautika di UMT yang memiliki kemudahan untuk penganjuran sukan maya ini.

Menariknya, kejohanan kali ini melakar sejarahnya yang tersendiri dengan penyertaan teramai iaitu 216 peserta dan 112 orang adalah peserta baharu yang pertama kali menyertai kejohaan sukan layar maya di peringkat kebangsaan ini. Kejohanan e-sailing diwujudkan hasil kerjasama Pusat Latihan Pelayaran,UMT , Terengganu Wind Surfing Association (T-WinS) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) setahun yang lalu menggunakan aplikasi Virtual Regatta.

Virtual Regatta adalah aplikasi rasmi yang diiktiraf oleh  badan induk pelayaran dunia (World Sailing) di dalam penganjuran e-sailing di peringkat antarabangsa. Ini menjadikan kejohanan bersiri UMT-Terengganu e-sailing adalah platform terbaik bagi mencari bakat atlet e-sport negara khususnya di dalam sukan pelayaran.

Usaha pihak penganjur untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dijalankan bagi menganjurkan kejohanan kebangsaan e-sailing di peringkat MSSM. Diharapkan usaha ini dapat mencari jaguh sukan maya dikalangan pelajar sekolah dari seluruh negara.

Selari dengan moto kejohanan siri pada tahun ini iaitu ‘Now Everyone Can Sail’, kini semua orang berpeluang untuk memahami dan menyertai pertandingan di dalam sukan pelayaran tanpa mengira peringkat umur, jantina dan keupayaan diri. Ini kerana penyertaan dari kumpulan orang kelainan upaya juga ramai pada setiap siri kejohanan.

Peserta yang memenuhi semua syarat pertandingan akan diberikan sijil elektronik dan hadiah misteri telah disediakan oleh penganjur bagi dua pemenang utama pada siri kali ini iaitu Asri bin azman dan Al yauma akma bt zulkifeli.