UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

DAPATKAN MAKLUMAT SAHIH – PENASIHAT MEDIA DAN KOMUNIKASI PERDANA MENTERI

DAPATKAN MAKLUMAT SAHIH - PENASIHAT MEDIA DAN KOMUNIKASI PERDANA MENTERI

Wednesday, 25/09/2019

Share This Article :

Kemelut hari ini menyaksikan fitnah sudah beralih kepada media sosial yang membolehkan sesiapa sahaja melayarinya di seluruh dunia pada sepanjang masa.

Kecanggihan pelbagai alat komunikasi dibantu media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Flicker, Instagram, blog, dan sebagainya mempercepat penyampaian segala maklumat.

Kesannya, sesetengah masyarakat saling berprasangka, menempelak dan tuduh menuduh antara satu sama lain kerana pertentangan politik, merebut pangkat serta kedudukan.

Walaubagaimanapun, media arus perdana masih merupakan sumber utama berita, benar dan perlu diyakini berbanding media sosial, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata, mereka yang terlibat dalam industri media arus perdana adalah golongan profesional yang terlatih, diberi tauliah dan lesen, malah tertakluk pada undang-undang dan sentiasa mematuhi etika dalam mendapatkan sumber maklumat yang betul.

“Media arus perdana bukan sahaja terdiri daripada wartawan tetapi ada pengarang, penyunting berita bagi memastikan ketepatan sumber maklumat yang disahkan benar dan tepat.

“Berbeza dengan media sosial, ia bukanlah sumber berita…ia hanya media untuk bersosial yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk berkata apa yang mereka inginkan sama seperti di kedai kopi. Jadi kita tidak perlu keliru dengan sumber daripada media sosial kerana maklumat tepat hanya boleh diperolehi daripada akhbar, radio, laman web dan televisyen”

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program ‘Sepagi Dengan Datuk A Kadir Jasin’ di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu