UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Beramal Sambil Derma Darah

Beramal Sambil Derma Darah

Monday, 04/06/2018

Share This Article :

Kuala Nerus – Pusat Kesihatan Universiti (PKU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT, Majlis Pewakilan Pelajar UMT dan Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menganjurkan Program Derma Darah yang telah diadakan di Masjid PISM UMT selesai solat terawikh.

Program yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 29 Mei 2018 yang lalu telah berjaya menarik seramai 113 orang penderma yang terdiri daripada warga UMT dan orang awam dari kawasan sekitar.

Dengan objektif utama iaitu bagi mengisi kekurangan tabung darah di Unit Tabung Darah HSNZ, program CSR tahunan anjuran PKU UMT ini merupakan sebahagian daripada siri Program Derma Darah yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada bulan Februari, April dan Mei 2018.

Turut hadir ke program berkenaan adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMT, Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman yang turut menderma berkata, “program seumpama ini wajar diteruskan dan ia merupakan salah satu cara tidak langsung bagi mendidik para pelajar kita dalam menghayati konsep “menderma” dan “berkongsi” dengan masyarakat selain meningkat tahap kesihatan para penderma darah”.