UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azhar Abbas dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMT

Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azhar Abbas dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMT

Sunday, 28/06/2020

Share This Article :

KUALA NERUS – Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azhar Abbas telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 21 Mei 2020.

Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi menggantikan Tan Sri Halim Mohammad.

Tan Sri Shamsul yang turut mengadakan lawatan sulung ke kampus UMT selama tiga hari juga mengadakan perbincangan ringkas bersama-sama pihak pengurusan tertinggi UMT.

Dalam lawatan tersebut, beliau juga dibawa melawat galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong dan beberapa pusat penyelidikan UMT yang lain.

Beliau kini turut memegang beberapa jawatan penting dalam sektor korporat seperti MMC Corporation Berhad, Enra Group Berhad, NCB Holdings Bhd dan lain-lain.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar mengalu-alukan kedatangan dan lantikan Tan Sri Shamsul serta menyatakan harapan semua warga UMT agar UMT akan lebih cemerlang di bawah kepimpinan beliau.

“Selamat datang kepada Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. Seorang tokoh korporat yang terbukti kecemerlangannya dalam bidang pengurusan dan strategi. Kami menantikan pembaharuan yang akan dibawa beliau dalam mengetuai Lembaga Pengarah UMT agar dapat meletakkan UMT sebaris dengan institusi terkemuka di dunia” katanya.

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu