KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi membuat kemunculan pertama di Malaysia dalam mencapai persetujuan dengan agensi dan industri Korea melalui Majlis Menandatangani MoA dengan Institut Penyelidikan Peralatan Marin Korea (KOMERI) – SAMWOO Immersion – Busan Techno Park (BTP) sebagai rakan kerjasama program strategik mereka.

 

Menurut Profesor Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman dalam ucapannya, kerjasama ini dimulakan apabila Prof. Dr. Mohd. Mohd Norsani bin Wan Nik semasa persidangan di Busan, Korea di mana beliau telah dijemput sebagai penceramah utama.

 

Tambahnya lagi sejak tahun 2018, Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE-Maritime Cluster) dan KOMERI telah menjalin hubungan baik. Malah dua MoU umum telah di matrikan pada 27 Februari 2019 yang menjadi tonggak  utama dalam kolaborasi agensi dan industri Maritim UMT-Korea yang membuka jalan kepada MOA dimana Korea membuktikan sokongan Mereka kepada UMT/ ICoE Maritim.

 

Dalam perjanjian ini, pihak KOMERI akan menyumbangkan perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan SIMULASI, REALITY AUGMENTED dan pembantu teknikal pada Realiti Maya (VR) pada 15 Jun 2019.

 

“Kemudahan ini akan memastikan pengalaman latihan yang sangat baik untuk pelajar Maritim Teknologi dan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim dan oleh itu meningkatkan kebolehpasaran graduan (GE). Kemudahan ini juga boleh digunakan untuk melatih kakitangan maritim perindustrian dalam bidang berkaitan.

 

 

 

Disamping itu peralatan pengajaran dan latihan yang bernilai lebih daripada USD170K di bawah persetujuan bersama ini adalah teknologi utama dalam penumpuan pasaran teknologi Revolusi Perindustrian ke-4 yang memacu kedua-dua pihak untuk perkongsian pintar.

 

Menurut Profesor Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman lagi dengan kerjasama yang berterusan bersama agensi-agensi dan industri Korea, UMT dapat melebarkan sayap Industri @ UNiversiti untuk tujuan meningkatkan pengajaran, latihan dan penyelidikan dengan pemindahan teknologi terkini yang dapat mengatasi dan menyokong dasar Industri 4WRD Malaysia.

 

Jelasnya Institut Penyelidikan Peralatan Marin Korea (KOMERI) – Samwoo Immersion – Busan Techno Park akan menjadi sokongan terbaik untuk pembangunan pembuatan kapal, institusi R & D dan maritim luar pesisir dan syarikat di Malaysia.

 

Majlis menandatangani MoA ini menyaksikan Profesor Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman menandatangani dokumen perjanjian bagi pihak UMT manakala Dr. Kwanghae Won  Pengarah Busan Techno Park (BTP) mewakili syarikat berkenaan.

 

Majlis yang diadakan pada 13 Jun 2019 di Suria KLCC, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Pengarah, Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Prof.TS. Dr. Arham bin Abdullah serta wakil-wakil daripada kedua-dua agensi.

 

 

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu