UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Eksplorasi ilmu menerokai dasar lautan

Eksplorasi ilmu menerokai dasar lautan

Monday, 25/04/2022

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memiliki sebuah Stesyen Penyelidikan Alami di Pulau Bidong. Ia berfungsi sebagai pusat penyelidikan lapangan, lokasi pembelajaran dan pengajaran luar kampus secara praktikal kepada para pelajar dalam bidang sains marin, perikanan dan bidang – bidang berkaitan kelautan. Pelbagai kajian dan penyelidikan saintifik dilakukan oleh penyelidik dan pelajarnya terutamanya mengkaji ekosistem marin, kepelbagaian sumber hidupan bawah air dan terumbu batu karang antara yang sedang dijalankan di sini. Selain itu stesyen ini sentiasa menjadi lokasi acara selaman oleh pelbagai agensi kerajaan dan korporat. Terkini, UMT telah menubuhkan Pusat Selam Skuba bagi menyokong aktiviti selam skuba di Pulau Bidong untuk para pelajarnya dan orang awam yang berminat.

 

Penerokaan ilmu UMT turut diperluaskan dalam bidang arkeologi bawah air dengan mengenalpasti beberapa tapak kapal karam yang berusia ratusan tahun di perairan Pulau Bidong untuk dijadikan sebagai pusat latihan arkeologi bawah air dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) dan syarikat korporat. Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah melancarkan tapak selaman baharu yang diletakkan sebanyak 11 monumen mercu tanda mini mewakili setiap negara ASEAN.

 

 Sebelas mercu tanda mini tersebut ialah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Cambodia Independence Monument (Kemboja), Patuxai Monument (Laos), Indonesia National Monument (Indonesia) dan Shwedagon Pagoda (Myanmar). Selain itu, Joe Rizal monument (Filipina), Merlion (Singapura), Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan (Thailand), Tran Quoc Pagoda (Vietnam) dan logo ASEAN Secretariat (ASEAN) menjadi monumen ikonik mini di tapak selaman tersebut.

 

Lokasi selaman lain yang sedia ada di Pulau Bidong ialah Galeri Dasar Laut, Ladang Coral, Christmas Garden, Pulau Karah, Terumbu Kerisi, Terumbu Tenggiri, Karang Tengah, Gorgonian Garden, Karang Deloh, Pulau Batu Tengkorak dan beberapa lagi lokasi selaman yang masing – masing mempunyai keunikkan tersendiri. Malah tapak selaman di Pulau Bidong menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke Negeri Terengganu.

 

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:

 

Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan

Universiti Malaysia Terengganu

Telefon: +609 – 668 3957 / +609 – 668 4100