UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UBAH SISA KEPADA BAJA, KOMUNITI SETEMPAT TERIMA MANFAAT

UBAH SISA KEPADA BAJA, KOMUNITI SETEMPAT TERIMA MANFAAT

Tuesday, 04/02/2020

Share This Article :

Lebih 200 orang menerima manfaat hasil daripada penyelidikan penghasilan baja cecair dan baja kompos yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Mlaaysia Terengganu (UMT).

Kejayaan itu juga membuka peluang kepada graduan UMT serta komuniti setempat memulakan perniagaan dengan menjadikan produk tersebut sebagai bahan asas dalam pertanian.

Program yang dinamakan sebagai Pemindahan Ilmu Teknologi Hijau turut mendapat sumbangan tajaan daripada kedutaan Canada sebagai tanda sokongan dalam mempromosikan teknologi hijau serta menangani isu perubahan iklim global.

Sempena majlis perasmian program tersebut, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) berkata program itu melibatkan pelbagai pihak dan mendapat pengiktirafan lima bintang.

“Bagi memastikan pemindahan ilmu lebih berkesan, kita telah melantik pelajar UMT yang diberi latihan khas untuk bertindak sebagai duta Green Herbal sambil dipantau oleh pensyarah-pensyarah terlibat.

“Projek ini juga mendapat penarafan lima bintang untuk pengukuran libatsama projek komuniti. Ini terbukti kerana pelajar pelajar sekolah berjaya melaksanakan projek ini mula mengajar ibu bapa mereka dan memnpromosikan projek ini kepada sekolah-sekolah berhampiran. Contohnya, SK Tanjung Gelam berjaya menukar 130kg sisa makanan kepada 10 liter baja cair dan 70kg baja kompos. Ini suatu pencapaian yang membanggakan dan usaha ini mampu mengurangkan pencemaran pembuangan sisa yang akhirnya memudaratkan alam sekitar”.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Julia Bentley, Duta Canada dan Datin Nik Faridah Salleh, Presiden PEWANGI Malasia.

UMT sinonim dengan program memperkasakan komuniti setempat dengan menjalankan projek pemindahan ilmu dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan memerlukan.

Tambah Prof. Dr. Mazlan, diharapkan lebih ramai pelajar yang bertindak sebagai duta hijau menyebarkan dan menjadi pelopor kepada transformasi yang mempromosikan teknologi hijau menerusi pelbagai Inisiatif teknologi hijau.

Antara agensi yang terlibat dalam program yang mampu menjana ekonomi itu ialah SK Gong Badak, SK Tanjong Gelam, SMK Manir, SMK Rusila, SMK Mengabang Telipot serta 15 kawasan Rukun Tetangga (KRT).

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu