UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

DIIKTIRAF 5 BINTANG, UMT MENUJU 6 BINTANG MyRA 2021

DIIKTIRAF 5 BINTANG, UMT MENUJU 6 BINTANG MyRA 2021

Sunday, 12/07/2020

Share This Article :

Kuala Nerus, 12 Julai 2020 – “Tahniah dan syabas atas penarafan 5 bintang MyRA dan Augerah Khas Pencapaian Terbaik MyRA. Kita gandakan usaha untuk mencapai sasaran 6 bintang MyRA pada tahun 2021”. Kata Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT.

 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Apresiasi 5 Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) yang berlangsung di Paya Bunga Hotel, hari ini.

 

Menurutnya, UMT antara tiga universiti awam yang terpilih untuk menerima anugerah Khas Pencapaian Terbaik MyRA tahun 2018

 

“Hanya tiga universiti sahaja yang diiktiraf dan diberikan Anugerah Khas Pencapaian Terbaik MyRA tahun 2018 dan UMT antara yang terpilih”

 

Antara instrumen dalam pengukuran MyRA seperti input, output, outcome dan impak Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI)  merangkumi beberapa seksyen iaitu Kuantiti dan Kualiti Penyelidik, Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan, Kuantiti dan Kualiti Pasca Siswazah,  Inovasi, Khidmat Profesional dan Hadiah, Jaringan dan Jangkauan dan Kemudahan Fasiliti.

 

“Ianya bukan satu tugas yang mudah, namun kejayaan ini membuktikan UMT merupakan salah satu universiti awam yang komited dalam memastikan penyelidikan dan inovasi universiti terus cemerlang setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain.

 

Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif strategik untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi UMT dengan Tema “Road to 6 Star MyRA UMT 2021” serta membawa halatuju penyelidikan berfokuskan Quadruple dan Quintuple Helix Framework (akademia, kerajaan, komuniti, industri dan persekitaran).

 

“RDCI merupakan jantung bagi semua universiti. Pencapaian sesebuah universiti diukur melalui RDCI untuk memastikan keterlihatan diperingkat global. UMT sebagai sebuah universiti komprehensif yang berfokuskan kepada ilmu kelautan dan sumber akuatik, ahli akademik perlu menghasilkan pengetahuan baharu melalui aktiviti penyelidikan serta menyebar dan berkongsi pengetahuan baharu yang dijana kepada pelajar-pelajar, komuniti dan industri bagi menghasilkan kekayaan, meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat.

 

 

“Penting untuk sama-sama bergerak sehati sejiwa dalam usaha memperkasakan lagi untuk membolehkan pencapaian UMT diiktiraf, bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi yang lebih penting lagi di peringkat antarabangsa”. Katanya.

 

 

Keterangan lanjut :

 

Profesor Dr. Tengku Sifzizul bin Tengku Muhammad

Pengarah

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6685184

Emel : sifzizul@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu