UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT, IMEC meterai MoU

UMT, IMEC meterai MoU

Friday, 25/02/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan IMEC Education Sdn Bhd (IMEC) telah menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) bagi bidang Pendidikan tinggi termasuk perkongsian kepakaran, staf dan kemudahan.

 

MoU itu masing-masing diwakili oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar dan Ketua Pegawai Operasi IMEC iaitu Prof. Dr. Selvaraj Oyyan Pillai.

 

Dato’ Mazlan berkata perjanjian itu antara lain untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua organisasi disamping meningkatkan lagi citra UMT.

 

“Kolaborasi antara UMT dan IMEC telah bermula pada tahun lalu serta beberapa program telah dianjurkan secara dalam talian disebabkan pandemik.

 

“Kami amat hargai kerjasama ini dan MoU yang dimeterai juga focus kepada pengukuhan bidang pendidikan disamping perkongsian kepakaran, pertukaran staf, pertukaran pelajar penganjuran aktiviti dan lain-lain.

 

“Dengan kerjsama ini adalah diharapkan agar UMT menerima lebih ramai pelajar terutamanya pelajar dari luar negara terutamanya bagi program asasi STEM, prasiswazah serta pasca siswazah”. Katanya.

 

UMT antara universiti yang menawarakan kos pengajian lebih rendah dalam negara manakala standard pendidikan setanding dengan university terkemuka.

 

Universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains marin dan sumber akuatik itu telah berjaya melahirkan lebih 35,000 orang graduan sejak tahun 2003.

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Mlaaysia Terengganu