UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

PERLU KAJIAN SECARA INKLUSIF – MANTAN PANGLIMA TLDM

PERLU KAJIAN SECARA INKLUSIF – MANTAN PANGLIMA TLDM

Monday, 23/09/2019

Share This Article :

Cadangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) perlu diperhalusi di semua genap agar prinsip penubuhan kedua-dua universiti itu tidak dipandang sepi.

UMT yang popular dengan bidang maritime disamping pelbagai disiplin ilmu lain komited dengan pengembangan serta kejayaan yang ditempa baik diperingkat nasional mahupun peringkat global.

Laksamana (B) Tan Sri Dato’ Seri Panglima Dr. Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata UMT sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai potensi dalam pengajian nautika dan maritim serta dilengkapi dengan makmal dan fasiliti yang terkini.

“UMT perlu diberikan suntikan baharu dari segi sumber dan dana. Jika dilihat dalam senarai institusi pengajian yang menawarkan program maritime, UMT sebuah universiti yang mendapat pengiktirafan dari pelbagai Negara terutamanya di rantau asia. UMT juga perlu perluaskan program pengajian berkaitan skop maritim kerana ianya masih tidak mencukupi jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

“Saya juga teruja apabila melihat pelajar-pelajar UMT ini yang bukan hanya pemimpin pada masa akan datang, malah golongan ini sebagai pelapis dalam memajukan industry maritime Negara.

“Kajian yang mendalam perlu dilakukan sekiranya usaha penggabungan antara UMT dan UniSZA diteruskan dan ianya perlulah dijalankan secara transparent serta inklusif bagi mengelakkan dapatan kajian tersebut tidak menepati hasrat sebenar.

Mengulas lanjut berkaitan kajian penggabungan ini, beliau mendokong dan bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara maritime sepertimana aspirasi YAB Perdana Menteri dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Dr. Ahmad Kamarulzaman ditemui sempena Majlis Syarahan Umum Profesor Adjung anjuran Fakulti Pengajian Maritim bertemakan “Malaysia as a Maritime Nation” bertempat di UMT.

Turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dan pengurusan tertinggi UMT serta warga pelajar.

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu