UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR

UMT JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR

Wednesday, 13/10/2021

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) telah menjalinkan kolaborasi dengan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi mengembangkan penyelidikan dalam bidang teknologi.

Kerjasama itu direalisasikan melalui sesi menandatangani Sijil Kolaboratif Strategik yang diadakan secara maya melibatkan melibatkan sebanyak 15 kolaboratif baharu PSIS bagi tahun 2021.

Menurut Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik UMT, kerjasama Strategik antara Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dilihat mampu meningkatkan lagi perkembangan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang tujahan kedua-dua institusi pengajian tinggi terutamanya bidang teknologi alam sekitar.

 

“Jalinan kerjasama strategik ini merupakan platform utama perkongsian pengetahuan dan melibatkan diri dalam aktiviti kolaboratif, melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang teknologi dan Kejuruteraan Alam Sekitar.

 

“Disamping itu pihak FTKKI UMT juga bersedia menyediakan khidmat nasihat bagi pembangunan kurikulum bidang diploma kejuruteraan alam sekitar di PSIS, menyediakan peluang pembangunan bakat staf PSIS melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di FTKKI UMT serta aktiviti perkongsian atau pemindahan ilmu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan alam sekitar”.

 

Turut hadir semasa sesi tandatangan adalah Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi serta wakil-wakil industri.

 


 

 

 

 

 


Disediakan oleh:

Dr. Aliashim Albani

Pensyarah

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

Universiti Malaysia Terengganu

Emel : a.albani@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu