UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Pemegang Rekod MBOR Kursus Selam Skuba

UMT Pemegang Rekod MBOR Kursus Selam Skuba

Sunday, 26/07/2020

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah universiti awam pertama mendapat pengiktirafan pemegang rekod The Malaysia Book of Records memperoleh ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti), untuk skop Pengurusan Latihan Berkaitan Kursus Perlesenan Selam Skuba, Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda Dan Pasca Siswazah dan Pengurusan Penyelidikan Dan Proses Sokongan Universiti.

 

“Gerak kerja ke arah Pensijilan ISO ini bukanlah tugas mudah. Ia dimulakan dengan perancangan rapi di semua peringkat termasuk penubuhan Jawatankuasa Penjaminan Kualiti peringkat UMT dan juga di setiap  Pusat Tanggungjawab atau jabatan serta siri latihan intensif telah dijalankan termasuk melatih para auditor dalaman termasuk membuka Klinik Q dan Program Mesra Q”. Kata Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar semasa memberi ucapan sempena majlis penyerahan sijil pengiktirafan The Malaysia Book Of Records (MBOR).

 

Untuk rekod, UMT telah dianugerahkan dua Pensijilan ISO iaitu ISO 9001:2015 (Quality Management System) bagi skop ‘Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Diploma dan Ijazah’, dan juga pertama kalinya dianugerahkan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) pada 15 November 2018. 

 

“Penganugerahan dua Pensijilan ISO pada tahun 2018 oleh SIRIM International Sdn Bhd merupakan satu pengiktirafan dan kejayaan yang sangat membanggakan buat UMT. UMT mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik secara menyeluruh dan kedua-dua pensijilan ISO tersebut telah diperluaskan skopnya meliputi keseluruhan perkhidmatan di UMT”

 

Antara skop ISO 9001:2015 yang telah mendapat pengiktirafan iaitu Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda dan Pasca Siswazah; Pengurusan Penyelidikan dan Proses Sokongan Universiti dan Pengurusan Latihan Berkaitan Kursus Perlesenan Selam Skuba.

 

Manakala pensijilan ISO/IEC 27001:2013 juga telah diluluskan perluasan skopnya meliputi pengurusan keselamatan maklumat pelajar, staf, kewangan dan perakaunan serta penyelidikan.

 

Tambah beliau, kejayaan dan pengiktirafan itu mencerminkan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi warga kerja UMT dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta perkhidmatan bagi meletakkan jenama UMT sebaris dengan institusi terkemuka.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu