UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMTJ, LKIM jalin kerjasama perkasa industri perikanan negara

UMTJ, LKIM jalin kerjasama perkasa industri perikanan negara

Tuesday, 16/1/2024

Share This Article :

Kuala Nerus, 15 Januari 2024 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  melalui anak syarikat, UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membangun, memperkukuh dan memajukan industri perikanan Malaysia.

Perjanjian yang menfokus kepada bidang penyelidikan dan pembangunan industri perikanan itu menggunakan teknologi dron, sensor Internet of Things (IoT) dan Applikasi (Super Apps) dalam memperkasakan industri perikanan Malaysia, khususnya dari segi alam sekitar, sosial & governan (ESG) dan kelestarian (Sustainability), keselamatan & kesihatan, peningkatan produktiviti, penambahan pendapatan dan penjimatan kos operasi.

Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din Adam berkata UMTJ dan LKIM akan bekerjasama sebagai pelopor penggunaan teknologi dalam sektor perikanan di Malaysia.

“Keutamaan insiatif ini adalah bagi memastikan kebajikan golongan nelayan terus ditingkatkan dari masa ke semasa dengan peningkatan ilmu pengetahuan, produktiviti dan seterusnya kelestarian industri perikanan di Malaysia.

“Dengan inisitif ini, UMTJ dan LKIM akan mempelopori pengasilan “Big Data” bagi membolehkan analisa dan maklumat yang lebih tepat dapat dikongsi dengan semua pihak terbabit. Maklumat terkini yang tepat dapat memastikan keselamatan nelayan terjamin disamping meningkatkan produktiviti dan hasil tangkapan”. Katanya.

Turut hadir ke majlis pemeteraian itu iaitu Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, Naib Canselor UMT, Prof  Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), Dato’ Munir Mohd Nawi serta Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat.

Selain itu, delegasi LKIM turut dibawa melihat Projek Ternakan ikan tilapia menggunakan  kanvas UMTJ dengan aplikasi teknologi Rapid Biofloc UMT hasil kajian dan inovasi oleh penyelidik UMT,  Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Kasan.

Teknologi yang telah mendapat pengiktirafan pelbagai peringkat dari dalam dan luar negara itu membolehkan biofloc dibentuk seawal lima hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari.

Rapid Biofloc yang digunakan itu berupaya menjimatkan kos makanan dan operasi sehingga 30 peratus.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu