UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT terap konsep Madani dalam sambutan Aidilfitri 2024

UMT terap konsep Madani dalam sambutan Aidilfitri 2024

Thursday, 25/4/2024

Share This Article :

Sambutan Aidulfitri peringkat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada tahun ini jelas kelainannya berbanding penganjuran majlis seumpamanya pada tahun-tahun sebelumnya dengan penerapan nilai konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri ke-10.

 

Walaupun dengan pengurangan perbelanjaan, sambutan hari kemenangan itu tetap meriah dengan hiasan bertemakan “Raya di Kampung” hasil kreativiti warga UMT yang mengamalkan “Reuse, Reduce, Recycle” yang terbukti mampu mengurangkjan impak pencemaran alam sekitar.

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata sambutan aidilfitri kali ini mengangkat nilai keharmonian bagi menyokong tema Malaysia Madani yang diasaskan oleh Perdana Menteri.

 

“Berkonsepkan Malaysia Madani, kita turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada lebih 70 orang anak yatim yang terpilih dari sekolah-sekolah sekitar UMT serta Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin.

 

“Alhamdulillah, warga UMT menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan sambutan Aidilfitri 2024 dengan pengurangan bajet yang ketara berbanding penganjuran sebelumnya namun ia tetap meriah dan harmoni dengan penglibatan semua warga berlainan bangsa dan agama.

 

Kemeriahan sambutan raya itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan poster raya antara Pusat Tanggungjawab (PTj), pertandingan gerai berhias, pakaian tercantik dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan.

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat