UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Pusat Latihan Arkeologi UMT bantu ASEAN laksana usaha pulihara arkeologi bawah air

Pusat Latihan Arkeologi UMT bantu ASEAN laksana usaha pulihara arkeologi bawah air

Thursday, 11/11/2021

Share This Article :

Perwakilan negara-negara ASEAN perlu mencari formula terbaik dalam usaha melindungi khazanah bawah air yang memiliki nilai sejarah tinggi.

Kerjasama erat melibatkan 10 buah negara menunjukkan komitmen tinggi yang diberikan dalam penganjuran 1st ASEAN Seminar on Preservation and Protection of the Underwater Cultural Heritage 2021 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Wira Dr. Noor Zari Hamat berkata seminar bawah air pertama dianjurkan itu sebagai medium perkongsian pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam mengurus warisan budaya bawah air.

“Seminar ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menonjolkan peranan kami dalam memastikan khazanah penting dan bernilai tinggi yang ada bawah air dilindungi daripada ancaman termasuk pembangunan yang tidak terkawal.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar mengulas penganjuran seminar antarabangsa itu bertepatan dengan peranan UMT sebagai sebuah institusi yang mempunyai bidang tujahan sains kelautan.

“UMT melihat acara ini sebagai platform untuk merangka perancangan berdasarkan perkongsian kepakaran dan kajian saintifik berkenaan kajian arkeologi bawah air.

“Dengan adanya Pusat Latihan Arkeologi Bawah Air yang bakal ditubuhkan oleh UMT, perancangan yang rapi serta pelaksanaan berkesan mampu memberi jaminan terhadap aspek pemuliharaan setiap khazanah arkeologi bawah air untuk generasi akan datang.

“Pusat latihan ini akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk merancakkan lagi aktiviti arkeologi bawah air di Malaysia.

Tambah beliau, komitmen semua pihak dalam menjayakan pemuliharaan itu penting bagi memastikan perlindungan arkeologi bawah air kekal relevan.

“Saya juga yakin bahawa kita semua harus melakukan yang terbaik untuk memulakan projek kerjasama seluruh ASEAN bagi mempercepatkan transformasi kea rah pemuliharaan ini.

“Langkah dan intervensi perlu dilaksanakan berdasarkan output seminar ini untuk memastikan pemeliharaan dan perlindungan warisan budaya bawah air kekal relevan”. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu